feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KERAJAAN PAS MENGGADAI TANAH DIKELANTAN

NIK AZIZ KEMUNGKINAN BESAR TERUS MENINGGAL DUN KELANTAN MULAI PRU KE 12.INILAH HARAPAN KEPIMPINAN MUDA PAS.

Sumber : Al-Haq
Saturday, 06 October 2007

GUA MUSANG: Rakyat Kelantan perlu menganggap pemerintahan Kerajaan Pas sebagai sejarah hitam apabila pernah mengadai tanah seluas 350,000 hektar di Hulu Kelantan kepada sebuah syarikat asing, Timber Mine yang beribu pejabat di Singapura. Bagaimanapun, tanah itu ditebus kembali oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ketika itu berjaya mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri daripada tangan Pas dan mengembalikan tanah berkenaan kepada rakyat dengan cara pembukaan rancangan tanah.
Tengku Razaleigh Hamzah, berkata walaupun perkara itu berlaku sebelum pemerintahan kerajaan Pas yang ada sekarang, tetapi sejarah hitam itu boleh berulang jika rakyat tidak berwaspada dan lupa peristiwa yang hampir merugikan orang Melayu itu. Beliau berkata, kerajaan BN mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri selepas itu terpaksa menghabiskan peruntukan besar untuk menebus semula tanah berkenaan kerana perancangannya untuk membuka rancangan tanah yang menjadi kenyataan sekarang. “Jika tidak kerana kerajaan BN ketika itu menebus semula tanah yang digadai kerajaan Pas tidak mungkin rakyat Kelantan boleh tinggal di Rancangan Tanah Felda dan Kesedar. Itulah pengorbanan pemimpin kerajaan pusat.