feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DAP HANYA BERTANDING KAWASAN MAJORITI CINA DI PULAU PINANG :BUKTI DAP TIDAK DITERIMA MELAYU

TANDA SEPAKAT MEMBAWA REBAH YANG DI BAWA ANWAR BUAT BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI PULAU PINANG.
DATO ZAHRIN, BALACI ANWAR DI PULAU PINANG YANG TELAH BANYAK MEMBAHAM WANG RAKYAT.
BERIKUT IALAH AGIHAN KERUSI DAP DI PULAU PINANG BAGI PILIHANRAYA KE 12
Di Pulau Pinang DAP bertanding tujuh kerusi dari tiga belas kerusi parlimen manakala 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 40 kerusi yang ada.
Parlimen yang menjadi sasaran DAP ialah P43 Bagan, P45 Bukit Mertajam, P46 Batu Kawan, P48 Bukit Bendera, P49 Tanjung, P50 Jelutong dan P51 Bukit Gelugor.
Dun pula di N7 Sungai Puyu, N8 Bagan Jermal, N9 Bagan Dalam, N13 Berapit, N15 Padang Lalang, N16 Perai, N19 Jawi, N22 Tanjung Bungah, N23 Air Putih, N25 Pulau Tikus, N26 Padang Kota,N27 Pengkalan Kota, N28 Komtar, N29 Dato' Keramat, N30 Sungai Pinang, N31 Batu Lanchang, N32 Air Itam dan N34 Paya Terubong.
Sejurus selepas sidang akhbar Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Dato' Zahrin Hashim dan Presiden DAP, Lim Kit Siang menandatangan permaufakatan bersama untuk menghadapi BN dengan disaksikan Dato' Seri Anwar.
ULASAN :
Berdasarkan kepada agihan kerusi DUN terbukti DAP hanya berani meletakkan calon di kawasan yang mereka jamin akan mendapat sokongan masyarakat Cina.Jika ini menjadi realiti, bermakna yang bakal menjadi Ketua Menteri ialah calon DAP dan ketika itu, kita semua boleh menyaksikan bahawa bangsa Melayu akan terus dihimpit, dihina dan dihambakan oleh DAP. Cara DAP yang agak ekstrim membezakan pembawakan yang terdapat di dalam MCA dan Gerakan.PKR dan PAS pula akan bertanding di semua kerusi milik UMNO.PKR berazam merampas dan meletakkan isu nasional sebagai wadah manifeso yang mereka bawa.Tetapi, perlu diingat PKR ialah dalang yang bakal menghakis kuasa Islam di Pulau Pinang. Lihat sahajalah siapakah yang menganggotai PKR?Mereka ialah kumpulan yang kecewa dalam UMNO dan mereka ialah manusia rakus yang pernah merompak wang rakyat.Mereka ialah penerima syer terbesar sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan. Mereka ialah pemegang lesen kelas A dan mendapat tender daripada Anwar sewaktu Anwar menjadi TPM.Pemimpin PKR akan terus mengganas untuk merompak wang rakyat.Jika tidak percaya lihatlah sejarah Anwar di dalam Kerajaan. Anwar manusia yang bakal menjual negara kepada penjajah.