feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ANWAR YANG GILA DAN MANUSIA YANG DENGKI

Anwar sangggup mengadakan sidang akhbar untuk menunjukkan dirinya sebagai manusia yang tidak senang dengan kejayaan orang lain.

KENYATAAN SEBENAR KECEKAPAN MALAYSIA DI BAWAH PAK LAH

PUTRAJAYA, 28 Jan, Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini adalah yang keenam terbaik di dunia berbanding tempat kelapan pada tahun 2000, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Sambil memetik World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, Perdana Menteri berkata Malaysia yang tergolong dalam negara-negara mempunyai 20 juta penduduk atau lebih, mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis."Di atas kita ialah China, Kanada, USA, India dan Taiwan," katanya ketika berucap kepada ribuan kakitangan awam pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) kelapan di sini hari ini.Abdullah berkata kecekapan kerajaan itu dapat dilihat menerusi peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan termasuk dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini yang terhasil daripada komitmen kakitangan kerajaan untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.Selain itu, katanya, pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan sepanjang tahun lalu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam kini menampakkan hasil dan jumlah rungutan daripada masyarakat berhubung perkhidmatan kerajaan semakin berkurangan.

ANWAR SEPERTI CACING KEPANASAN DAN DENGKI DENGAN KEJAYAAN PAK LAH.

Anwar seorang manusia yang paling kuat sifat dengki di dalam dirinya. Bermula dengan tidak senang melihat Allahyarham Tun Ghafar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar mengenepikannya dengan cara yang kotor dalam Pemilihan Agong UMNO. Apabila, negara Malaysia di puji dengan penilaian yang terbaik, maka Anwar sebagai rakyat Malaysia pula yang panas punggung. Sepatutnya Anwar perlu berasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Dia dengki kerana Pak Lah berjaya membawa Malaysia ke tahap ke 6 sedangkan zaman beliau menjadi TPM, nama Malaysia tidaklah seindah sekarang.Inilah sikap seorang bekas pemimpin dalam kerajaan yang hidupnya sentiasa kecewa.