feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS BERMUNAJAT KERANA NAK MENANG PILIHANRAYA DAN BUKANNYA KERANA ALLAH

"MEREKA JUGA SUJUD, TETAPI MEREKA MENGHINA SOLAT"APAKAH INI SAMA DENGAN PAS?
Antara kepelikan yang semakin dahsyat yang di bawa oleh PAS ialah memanipulasikan konsep munajat. Mereka menganjurkan majlis munajat secara besar-besaran bukan untuk mendapat mardathillah tetapi semuanya diniatkan untuk mendapatkan kuasa di dalam pilihanraya. Nabi SAW apabila ditawarkan kafir Quraisy kuasa, harta dan pangkat, baginda menolaknya. Tapi PA bermunajat nakkan kuasa pilihanraya. Inilah PAS yang semakin terpesong dalam Islam sebagaimana yang didedahkan oleh Mutiara Melayu sebelum ini.Berikut ialah disertakan majlis munajat PAS yang dijalankan baru-baru ini.


Majlis munajat Perdana Rakyat Terengganu yang telah diadakan pada 13 Dis 2007 dan berakhir pada subuh 14 Dis 2007.Majlis Dimulakan dengan Ceramah Perdana Munajat yang disampaiakn oleh Hj Abd Hadi Awang, Dato' Hj Mustaffa Ali dan Dato' Hj Wan Abd Muttalib Embong.Selepas ceramah para peserta bangun untuk kiammullai seawal jam 3.00 pagi yang diisi dengan Solat Tahajud, solat hajat, solat tasbih, zikir , solat subuh dan disudahi dengan kuliah subuh.Dalam ceramah munajat sebelum itu Hj Hadi mengingatkan umat supaya mengadakan munajat Perdana di semua tempat yang mereka diami.Semua yang menyampaikan ceramah,tertumpu kepada soal-soal kepentingan politik semata-mata. Solat yang dilakukan semata-mata ingin menyatakan bahawa PAS dekat dengan Allah.Bukankah ini namanya Islam telah dikaburkan ?Islam semakin diputar belit oleh PAS.Ya Allah selamatkanlah agama Islam dari bahana Parti PAS.