feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS beri lesen melombong emas kepada CIna.

KEBANGKITAN AGENDA MELAYU
Sumber : Mstar Online


Sazmi: Projek PAS semata-mata demi balak07-11-2007 09:18:15 PM Oleh FATHI ARIS OMAR
KUALA LUMPUR: Perwakilan dari Kelantan, Datuk Sazmi Miah, menuduh PAS merosakkan alam sekitar untuk mendapatkan keuntungan hasil penebangan balak dengan bersembunyi di sebalik projek pertanian dan perlombangan. Menyifatkan usaha-usaha PAS itu sebagai "penyelewengan terancang", wakil Machang itu berkata ribuan hektar diterokai tetapi tidak menghasilkan apa-apa seperti dijanjikan.
"Lima puluh empat sijil melombong emas dikeluarkan, berapa kilogram emas dikeluarkan?" katanya dengan nada bergurindam ketika membahas usul ucapan dasar presiden Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan agung Umno hari ini. Sambil mengangkat dokumen berkaitan hal itu beberapa kali, beliau juga mendedahkan projek-projek itu diserahkan kepada seorang usahawan bukan Melayu dari luar negara, sementara terdapat satu projek lagi diserahkan kepada tiga pemaju berlainan tetapi syarikat tersebut dikuasai oleh orang asing.

Tanpa menyebut nama-nama syarikat terbabit, Sazmi menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menjalankan siasatan teliti agar dapat membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
Dengan menceritakan kepayahannya mendapatkan maklumat tentang penggondolan kawasan Lojing, beliau berkata secara simbolik dan sinis dua orang terlibat, "seorang ulama dan seorang pendeta."

Sazmi, yang juga setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, awal tahun ini lantang mendedahkan isu kemusnahan hutan simpan Lojing dekat Gua Musang.Sementara wakil dari Selangor, Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor pula menggesa kerajaan menggubal peraturan menyekat orang Melayu menjual tanah sewenang-wenangnya, sebaliknya tanah itu diurus dan dimajukan agar terus kekal di tangan orang Melayu.Beliau juga menggesa Umno mengkaji punca-punca terdapat orang Melayu enggan menyokong parti itu dan mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah tersebut.Wakil dari Perak, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa kerajaan menggubal Akta Pentadbiran Bukan Islam untuk mengurus isu-isu berhubung agama supaya rumah-rumah ibadat, misalnya, tidak dibina sewenang-wenangnya.

Beliau juga menggesa Jabatan Perdana Menteri menubuhkan unit khas yang dapat membantu badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan kepakaran untuk menolong membangunkan masyarakat. Sambil menyifatkan Majlis Peguam sebagai "NGO jalanan" apabila berarak di Putrajaya bulan lalu bagi menuntut reformasi badan kehakiman, Kamilia menggesa ditubuhkan Majlis Tindakan Undang-undang untuk memantapkan sistem perundangan sedia dan juga mengkaji semula peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Perwakilan Puteri Umno, Norhamizah Mat Tahir, pula mempertahankan Dasar Ekonomi Baru dengan menyatakan ia tidak meminggirkan kaum-kaum lain seperti diperkatakan oleh parti-parti pembangkang. "Sembilan daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah bukan Melayu. Ini bermakna DEB membawa manfaat kepada semua pihak tanpa mengira kaum," katanya.Beliau juga menyarankan kepada presiden Umno mencalonkan ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad dalam pilihan raya akan datang.Cadangannya itu menyebabkan Noraini ketawa