feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

INTIPATI KESIMPULAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007

"SAYA PANTANG DI CABAR"

‘Saya pantang dicabar’ -- Amaran PM kepada penganjur perhimpunan haram di KL hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada penganjur perhimpunan tanpa permit di ibu negara esok supaya jangan berdegil mahu meneruskannya.
Agenda Melayu terus diperjuang – Najib
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan parti itu akan terus memperjuangkan agenda Melayu supaya ketempangan bangsa Melayu terutama dalam bidang ekonomi dapat diperbetulkan.
Walaupun semua sayap UMNO ke Perhimpunan Agung UMNO Ke-58 menyatakan kesediaan menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini meneruskan teka- teki bila ia akan diadakan.
Para perwakilan UMNO yang berkumpul selama lima hari pada Perhimpunan Agung UMNO 2007 yang berakhir petang ini berazam menyampaikan mesej dan amanat Presiden parti kepada rakyat di kawasan masing-masing dan bersedia menghadapi pilihan raya umum.
Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk menstruktur semula sistem subsidi bagi memastikan bantuan itu diberikan kepada golongan yang benar-benar layak menikmatinya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan menggunakan formula yang tidak membebankan rakyat dan pada masa yang sama tidak memudaratkan ekonomi negara dalam mengkaji isu pemberian subsidi termasuk subsidi minyak.
Kajian menyeluruh mengenai pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diumumkan hujung tahun depan dan bukannya pada tahun 2010.
Sesiapa yang menyertai perhimpunan haram yang dirancang oleh kumpulan tertentu di Dataran Merdeka di sini esok, dianggap melakukan kesalahan dan boleh ditangkap, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulhasnan Najib Baharuddin (gambar).