feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

GURU KUMPULAN A DIBENARKAN AKTIF DALAM PARTI POLITIK


CADANGAN KEPIMPINAN PEMUDA PULAU PINANG

KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan Pemuda Umno menggesa kerajaan menarik balik larangan kepada pegawai kumpulan A, khususnya guru, daripada bergiat aktif dalam politik, termasuk memegang jawatan dalam parti. "Kalau sekatan ini diteruskan, Umno tidak ada guru-guru lagi," kata wakil dari Pulau Pinang, Mohd Zaidi Mohd Said di perhimpunan pergerakan itu hari ini. "Tunjang kekuatan Umno suatu dulu akan hilang daripada parti."

Beliau juga mencadangkan kebenaran guru bergiat aktif dalam parti boleh diminta daripada Menteri Pelajaran sekiranya kerajaan bimbang penarikan larangan tersebut akan diambil kesempatan oleh guru-guru yang menyokong pembangkang.Mohd Zaidi Mohd Said, yang juga Ketua Pemuda Permatang Pauh, sebelum itu turut mencadangkan penubuhan Majlis Tindakan Pendidikan Daerah bagi membincangkan isu-isu pelajaran kerana Majlis Tindakan Daerah (MTD) yang sedia ada tidak menitikberatkan perkara tersebut. "MTD tidak bantu langsung dalam pendidikan," katanya, dengan menambah majlis itu hanya membincangkan isu-isu kemudahan dan prasarana