feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HASAN ALI MELUDAH KELANGIT TERKENA MUKA SENDIRI


SEJENAK MEMBACA LATARBELAKANG PROFILE HASAN ALI


Dato' Dr Hasan Ali pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat berbagai jawatan diperingkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang termasuklah Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, JPM; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor, Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor; Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunana Malaysia, JPM; Ketua penolong pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM; Ketua penolong Pengarah (unit Perancangan) Kementerian Tanah; Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Timbalan Ketua Penolong Biro Tatanegara, JPM. Jawatan terakhir beliau semasa di dalam perkhidmatan Kerajaan ialah Timbalan Ketua Penagarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM. Beliau telah meletakkan jawatan di dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).

ULASAN :

Kita semua boleh bayangkan bahawa betapa bodohnya Hasan Ali seorang manusia yang mempunyai PHD , yang pernah berkhidmat di dalam jabatan kerajaan , akhirnya mengkritik sistem yang pernah dia bentuk. Kritikan Hasan Ali terhadap sistem pentadbiran kerajaan membuktikan kelemahan beliau sendiri sewaktu menjadi seorang PTD di Intan. Hasan Ali cuba menyorokkan kisah lamanya, tetapi dia perlu akur bahawa beliau sendiri pernah menggunakan sumber wang awam secara salah terutama di dalam membuat tuntutan perjalanan sewaktu bergelar seorang penjawat awam.Beliau pernah berkhidmat di Unit Ekonomi JPM, tetapi tiada satu pun perkara yang beliau lakukan untuk kepentingan bangsa Melayu.Sewaktu berkhidmat di BTN, JPM beliau sendiri telah membuat penyelewengan secara tersirat hampir RM 1 juta lebih. Beliau menggunakan kaedah menghalalkan cara di dalam mencuri wang awam. Dan sekarang inilah dia orang yang bernama Hasan Ali yang menjadi Naib Presiden PAS. Bayangkan, 2 orang Naib Presiden PAS yang suka berfoya-foya dengan perempuan dan merupakan pencuri wang negara. Mujurlah takdir menetapkan beliau keluar dan tidak menjadi pemimpin. Sewaktu menjadi ahli parlimen Parit Buntar, beliau sendiri meminta wang bayaran bagi setiap ceramah yang disampaikan. Tentu Zaharuddin bekas Setiausaha Politik beliau tahu akan hal ini.


Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato' Dr Hasan Ali bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif untuk menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia. Selain daripada itu, melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato' Dr Hasan Ali mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Diantarnya program itu termasuklah pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan personel dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara "in-house" di tempat pilihan agensi berkenaan.

Melalui AKRAB (Akademi Keluarga Bahagia Malaysia), Dato' Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan, kekeluargaan, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato' Dr Hasan merupakan pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program "summer camp", "Smart learning", "ibubapa cemerlang anak gemilang" adalah diantara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran


ULASAN :

Sabha Consultan banyak menerima pembayaran dari agensi kerajaan sewaktu DSAI menjadi TPM. Hasan Ali menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan peruntukan agensi kerajaan bagi membiayai setiap program Sabha. Bukan sejuta tetapi puluhan juta.