feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SIRI 2 : PENYELEWENGAN MAT SABU



FITNAH KEPADA IMEJ ISLAM

Sesungguhnya kita memerlukan saf kepimpinan yang mencerminkan akhlak dan syakhsiyah Islam supaya jamaah kita senantiasa berada di atas landasan yang betul dalam mengejar suruhan dan keredhaan Allah. Janganlah disebabkan oleh hanya seorang yang tak sepatutunya berada di dalam saf kepimpinan, Allah tidak merahmati jamaah dan parti kita. Sebab itulah kalau kita perhatikan sirah dan sejarah perjuangan golongan terdahulu, mereka amat menitikberatkan soal akhlak dan syakhsiyah pemimpin. Mana-mana pemimpin yang ada walau syubhah dalam peribadi dirinya akan ditolak dan diturunkan daripada jawatannya. Kalau hendak mencungkil dan mendedahkan segala cela keperibadian Sdr. Mohd Sabu, dikhuatiri akan memalukan dan mengaibkan diri kita sendiri. Cukuplah kita mengingati kembali peristiwa khalwat beliau sewaktu menjadi ahli Parlimen di Kelantan. Kes tersebut walaupun dibuang oleh Mahkamah Syariah atas sebab-sebab teknikal, semua orang tahu tentang kebenarannya. Kalau tidak masakan Al Marhum AlFadhil Ust Fadhil Nor memarahi beliau pasai apa nak pi cari penyakit?. dengan membenarkan perempuan bukan muhram memasuki bilik hotel beliau??

KEHIDUPAN MEWAH

Beliau seringkali menyarankan kita didalam ceramahnya supaya sentiasa hidup sederhana. Tetapi sayangnya beliau sendiri tidak dapat melakukan apa yang disarankannya sendiri. Mungkin kita boleh bertanyakan beliau tentang rumah banglo di Bukit Merah, sebuah kereta Naza Ria dan sebuah kereta Perdana apakah ini corak hidup sederhana yang dimaksudkan? Dalam keadaan beliau tidak ada pendapatan tetap, bagaimana mungkin beliau dapat memperolehi kesemuanya itu? Bayangkanlah kehidupan sederhana yang bagaimana beliau akan zahirkan sekiranya PAS memerintah dan beliau adalah salah seorang daripada Menteri Kabinet?? Patutlah beliau menyamakan pimpinan PAS dangan UMNO kerana rupa-rupanya pimpinan PAS yang beliau maksudkan itu adalah diri beliau sendiri!