feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MAT SABU MEMBUNUH PAS PULAU PINANG


GAGAL SEBAGAI PESURUHJAYA P.PINANG
Pulau Pinang adalah diantara negeri yang malang mempunyai Sdr. Mohd Sabu sebagai Pesuruhjaya mereka. Harapan untuk melihat P.Pinang maju dan bersatu dalam mengerjakan amal jamai hanya tinggal harapan. Kenyataanya, perhubungan negeri P.Pinang hampir lumpuh. Ramai ahli perhubungan negeri sudah hilang thiqah dan telah nekad untuk tidak menghadiri sebarang mesyuarat perhubungan. Timbalan Pesuruhjayanya juga telah bertindak meletakkan jawatannya. Bagi mereka Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang hanya dikuasai oleh golongan pro-syiah.Beliau seringkali gagal menghadiri mesyuarat perhubungan negeri dan selalunya menyerahkan kebanyakan tugasan kepada Setiausaha Perhubungan tanpa penglibatan Timbalan Pesuruhjaya yang sepatutnya lebih berperanan besar. Setiausaha Perhubungan dilihat lebih berkuasa dalam banyak hal dan seringkali gagal menjemput ahli perhubungan yang bukan dari kelompoknya untuk menghadiri mesyuarat. Mohd. Sabu juga dilihat lebih banyak menghabiskan masa dengan ceramah diseluruh pelusuk Negara tanpa mempedulikan nasib negerinya yang sepatutnya menjadi amanah daripada Jamaah. Kadangkala kita pun hairan kenapa beliau lebih mementingkan ceramah daripada urusan negeri (mungkin juga untuk pengaruh peribadi dan duit poket beliau!). Sebab itulah nasib PAS P.Pinang diibaratkan oleh ahlinya sebagai parah menanti rebah akibat dari penyelewengan, kelemahan dan salahguna kuasa yang telah dilakukan oleh Mohd. Sabu dan rakan-rakannya. Kini, rungutan dan sungutan kedengaran di sana sini supaya P.Pinang diberi Pesuruhjaya yang baru supaya mereka boleh kembali bernafas dengan segar dan nyaman. Dan yang pastinya udara itu mestilah udara Ahl Sunnah Wal Jamaah!
MAT SABU BOCOR MAKLUMAT RAHSIA PARTI
Adalah menjadi prinsip amalan bagi pimpinan untuk melaksanakan konsep kerahsiaan dan keterbukaan dalam gerak kerja harakah. Ada perkara-perkara yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum mahupun ahli parti atas dasar maslahat umum terutamanya hal-hal berkaitan penyusunan dan perancangan. Namun konsep ini seolah-oleh tidak dimengerti oleh Sdr. Mohd Sabu. Jika tidak masakan maklumat rahsia Parti boleh bocor ke tangan pihak ke tiga. Beberapa kali dilaporkan orang syiah P.Pinang terlebih dahulu tahu mengenai beberapa keputusan di peringkat pimpinan daripada ahli parti sendiri! Sedarlah bahawa suasana ini amat merbahaya dan menjadi ancaman kepada parti dan gerakan Islam keseluruhannya.
TIDAK AMANAH
Di antara ciri-ciri terpenting yang perlu ada dalam diri pemimpin ialah sifat amanah. Tetapi, sayangnya sifat ini sudah mula terhakis dari diri Mohd Sabu. Kalau tidak masakan ada ahli-ahli PAS di Pulau Pinang yang begitu nekad dan sanggup menulis surat kepada Presiden PAS untuk menceritakan perbuatan Mohd Sabu yang telah menyelewengkan wang perhubungan PAS Negeri P.Pinang.Di dalam surat tersebut, Mohd. Sabu telah dituduh menyelewengkan wang Perhubungan PAS Negeri dan wang Badan Khairat Kematian PAS Negeri untuk kegunaan peribadinya. Beliau juga dituduh menyelewengkan wang Tabung Mangsa Tsunami dan Dana Pilihanraya yang telah disumbangkan oleh PAS Pusat. Mungkin atas sebab itulah kenapa beliau tidak dapat menyediakan dan membentangkan laporan kewangan negeri dan gagal melantik Bendahari Badan Perhubungan Negeri P.Pinang. Dan tidak hairanlah kenapa orang ramai sudah mula hilang kepercayaan terhadap PAS P.Pinang hinggakan mereka tidak mahu lagi menyumbangkan wang ataupun infaq kepada perhubungan negeri. Ketahuilah, pertuduhan ini amat serius. Ianya adalah pecah amanah. Dan jika sesiapa membawa kes ini ke pihak polis, nescaya ianya akan menjadi kes jenayah yang amat berat.