feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KEMUNAFIKAN PAS

PAS DAN DAP BERSATU TAWAN PULAU PINANG



PAS Pulau Pinang sedia kerjasama dengan DAP

KEPALA BATAS, 15 Julai (Bernama) -- Pas Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan parti itu mengadakan kerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pembangkang memenangi pilihan raya itu.Pesuruhjaya Pas Negeri, Salleh Man berkata, walaupun pada ketika ini kedua-dua parti itu tidak mempunyai hubungan, kerjasama itu mungkin diwujudkan di kawasan tertentu bagi memastikan kemenangan calon pembangkang.Bagaimanapun, keputusan mengenai kerjasama itu akan ditentukan Pas Pusat dan pihaknya akan menunggu reaksi daripada pengurusan tertinggi parti berhubung perkara ini."Pas dan DAP tidak ada hubungan untuk sementara ini. Bagaimanapun, kita rasakan pakatan-pakatan demi kepentingan kepartian untuk menawan mana-mana tempat yang kita akan bertanding, insyallah kita akan fikirkan dan dapatkan restu kepimpinan pusat," katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim di Markas Pas, di Pongsu Seribu.

Menurutnya, sebarang tindakan ke arah menjalin kerjasama itu akan dibuat berdasarkan kepada perkembangan semasa dan restu pusat."Ketika ini (hubungan) Pas dan DAP hanya sebagai parti politik sahaja," katanya.Salleh berkata, yang jelas, Pas telah bersetuju mengadakan kerjasama dengan Keadilan di peringkat negeri bagi menghadapi pilihan raya umum dan mengatur strategi bersama untuk menawan Pulau Pinang.
ULASAN
Pilihanraya yang lalu PAS melalui kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Hj Hadi telah menyatakan bahawa mereka tidak akan bersatu dengan DAP dan Karpal Singh serta Lim Kit Siang digelar sebagai ubat yang telah habis tarikh luput. Namun, demi pilihanraya, kepimpinan PAS sekali lagi sanggup menjual maruah Islam dan bercakap seperti orang yang tiada hala tuju. PAS cuba membohongi sejarah dan bercakap seperti gaya seorang MUNAFIK.