PERANCANGAN ANWAR DAH SAMPAI KEMUNCAK AMALAN KRONI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail telah dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menggantikan Datuk Salehuddin Hashim.Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perlantikan Saifuddin telah diterima dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat parti, semalam.Katanya, pada mesyuarat itu, antara perkara lain yang dibincangkan ialah isu perletakan jawatan setiausaha agung, Datuk Salehuddin Hashim.
“Dengan berat hati, kami menghormati keputusan beliau dan menerima perletakan jawatannya mulai 31 Januari 2010,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.Bagi pihak parti, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Salehuddin atas perkhidmatan cemerlang beliau sebagai setiausaha agung sejak April 2008 dan juga sebagai setiausaha pengelola dari tahun 2004 hingga 2008.“Memandangkan masa peralihan yang pendek serta tugas-tugas penting yang perlu dijalankan segera, saya telah melantik Saifuddin Nasution sebagai setiausaha agung baru dan perlantikan beliau telah diterima Majlis Pimpinan Pusat semalam,” katanya.
SUSUNAN SELEPAS INI IALAH AZMIN BAKAL MENJADI TIMBALAN PRESIDEN , ANWAR PRESIDEN DAN 3 NAIB PRESIDEN AKAN DIBERIKAN KEPADA TIAN CHUA, GOBALA DAN SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN. TERSUNGKURLAH PRM BERSAMA DR SYED HUSSIN.