AKHIRNYA YANG UNTUNG DAP JUGA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Mengenai Dasar Pakatan Rakyat, Lim berkata “yang kita hendak sembahkan pagi ini adalah satu Dasar Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen PAS, DAP dan PKR.” “Ia adalah satu dokumen penting yang merangkumi semua titik perjuangan kita bersama. “Oleh kerana itu ia tidak akan memuaskan hati semua orang seperti DAP yang mahu dinyatakan dengan jelas istilah ‘pilihan raya kerajaan tempatan’ tetapi bersedia menerima istilah mengukuhkan demokrasi kerajaan tempatan’ sebagai pengganti yang tentunya mencakupi pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.
apa yang dap nak:
bila ada pilihanraya kerajaan tempatan maka sudah pastilah YDP nya ialah bukan Melayu lagi kerana kawasan kerajaan tempatan banyak di bawah penyeliaan kawasan bandar. perlu diingat, katakanlah Tasek Gelugor dan Kepala Batas milik UMNO, tapi kita terlupa bila buat pilihanraya kerajaan tempatan maka sudah pastilah jatuh pada dap . Lagi yang amat pelik, parlimen milik bn, kerajaan negeri milik pembangkang dan kerajaan tempatan milik pembangkang. justeru, peruntukan kerajaan pusat kepada kerajaan tempatan bagaimana? siapa yang rugi lagi?