LUAHAN HATI PENGUNJUNG MY SRIMUARA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Assalamualaikum sdr, Pertamanya saya ingin ucapkan tahniah kepada sdr di atas semangat cintakan agama dan bangsa yg diterjemahkan di dalam blog sdr. Keep up your good work! Bagi saya tak ramai orang macam sdr yg sanggup menghabiskan masa berjam-jam di depan PC utk mengarang artikel dan melontarkan idea seperti yg dilakukan sdr. Saya doakan agar Allah memberikan kekuatan dan mempermudahkan segala urusan sdr dalam memperjuangkan nasib bangsa kita dan semoga Allah memberkati usaha sdr. Bagi saya Melayu Pulau Pinang kini berada dlm keadaan sangat2 kritikal. Rasanya tak salah kalau saya ibaratkan kita kini sudah menjadi bangsa yg merempat di bumi sendiri. Lihatlah sahaja apa yg sedang berlaku sekarang. Negeri Melayu tetapi pemimpinnya adalah bangsa Cina. Yg menyedihkan orang2 Melayu masih ramai yg tak sedarkan diri. Melayu PAS dan PKR masih tak sedar bahawa DAP sedang bermaharajalela ditampuk kuasa sedangkan mereka sebenarnya diperalatkan.
Lihatlah sahaja portfolio exco kerajaan negeri Pulau Pinang sekarang. Dahulunya segala jawatan penting milik Melayu kini Exco Melayu sekadar menjaga hal ehwal Melayu, kepenggunaan, perhubungan masyarat dan koperasi sahaja. Portfolio tanah, perumahan, pendidikan, kerajaan tempatan dan belia semuanya terlepas ke tangan DAP. Kalau dahulu kontraktor2 Melayu boleh cari makan di PDC, MPPP, Pejabat Daerah, PBA dan lain2. Kini segala macam projek semuanya diberikan kepada bangsa Cina. Peruntukan melimpah ruah diberikan kepada NGO Budha, Hindu & Kristian, tokong2, kuil2 dan sekolah Cina. Apa yg Melayu dan Islam dapat? Seperkara lagi, Melayu UMNO pun masih tak sedarkan diri. Melayu UMNO sanggup gadaikan maruah bangsa asalkan mendapat merebut jawatan dan habuan kekayaan. Perjuangan UMNO semakin lama semakin tersasar. Bukan lagi demi agama, bangsa dan negara. Budaya UMNO tak habis2 dengan budaya cantas mencantas, politik wang, tolak golongan agama dan professional. Akibatnya UMNO dipimpin oleh pemimpin yang tidak bermoral dan berpelajaran. Akhirnya UMNO semakin lemah dan masyarakat semakin menolak UMNO. Perkara yg saya nyatakan ini adalah hakikat yg perlu kita semua telan walaupun pahit. Saya sendiri sangat sedih bila mengenangkan nasib bangsa Melayu. Yang paling saya khuatir bila Melayu semakin lemah, maka Islam akan mula diperkotak katikkan. Bunga-bunganya sudah mula kita lihat. Bangsa asing kini semakin berani secara terang-terangan mengkritik bangsa Melayu dan agama Islam.
Semua ini berlaku kerana kelemahan kita sendiri... Entahlah sdr, saya pun tak tahu apa yg perlu kita lakukan... Entah sampai bilakah kita mampu survive dlm keadaan seperti ini. Apapun saya harap agar melalui usaha seperti yg sdr lakukan ini orang Melayu mampu sedar dan bangkit bersatu mempertahankan maruah bangsa yg semakin tercalar. Wallahualam.. Salam ukhuwah,
AZDY MOHD ARSHAD
p/s : blogger akan keluarkan artikel yang dihantar ke gmail my srimuara untuk tatapan semua. jazakallah azdy mohd arshad. blogger doakan moga tuan sekeluarga dirahmati Allah.