feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ZON SPS : PEKATRA INDAH ISU DIARKIBKAN

6/8/2007 ( ISNIN ) THE STAR ONLINE
The state government is seeking the help of Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) to revive two abandoned housing projects in Mengkuang Titi and Tasek, Seberang Prai. Deputy Chief Minister Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah said the state Cooperative Development Department had affirmed that the projects had been abandoned. The Taman Malwira project in Mengkuang Titi was abandoned 10 years ago, and the Taman Pekatra Indah project in Tasek was abandoned seven years ago, he said.
permulaan isu yang ingin dibangkitkan oleh blogger menjelang syawal 1430 H ialah permasalahan yang timbul dikalangan penduduk melayu yang pernah membeli rumah di taman pekatra indah. isu perumahan pekatra telah menjadi isu yang boleh dimasukkan ke dalam arkib negara kerana ianya merupakan satu isu yang lama dan gagal diselesaikan oleh 2 buah kerajaan negeri iaitu kerajaan bn dan kerajaan pr. puncanya jika ditanya kepada penduduk yang membeli rumah di sana ialah kebobrokan penghulu yusof dan dato rashid. kesahihannya agak benar sehingga dato rashid tumbang dikalahkan ustaz makhtar ahli abim yang pro anwar.
pekatra tidak dapat lari dari membuktikan kelemahan umno . tapi, bagi blogger ia tidaklah melambangkan umno secara menyeluruh. ianya adalah isu penghulu yusof dan dato rashid. penduduk merungut kerana mereka teraniaya.pelbagai yang blogger dengar daripada mereka seperti penghulu yusof dan dato rashid makan duit rakyat, rasuah dan pelbagai lagi. ini rintihan rakyat yang gagal diselesaikan bn. terbelakah rakyat di bawah bn dan pr dalam kes pekatra?
semalam blogger menerima panggilan dari seorang rakan yang mendapat khabar berita berkenaan taman ini. kawan blogger ini pun memperolehi sumber maklumat dari rakannya yang berkhidmat di seberang perai selatan. rintihannya mudah sahaja" mysrimuara kau beritahulah umno selesaikan masalah pekatra"jangan aniaya bangsa". selepas blogger menerima panggilan tersebut, blogger terus bergegas ke taman pekatra dan melihat suasana sebenar berlaku. rupanya sambungan projek perumahan tersebut hanyalah dilakukan untuk rumah kos sederhana. rumah kos rendah masih lagi berpacak tiang.mengapa ini berlaku? kata kawan blogger, kesannya kebanyakan daripada yang membeli rumah berkenaan terpaksa menanggung kos faedah pinjaman kepada bank. bagi mereka yang gagal membayarnya, nama mereka akan di senarai hitamkan oleh bank negara dan lebih buruk lagi, mereka tidak boleh membuat apa jua pinjaman.keadaan ini memang tidak adil. apa perlu membayar kadar faedah kalau kita tidak duduk di rumah tersebut.
malam tadi blogger duduk berbual dengan seorang rakan di restoran kau ana bandar tasek mutiara. kata kawan blogger sambil menunjukkan jari ke arah seorang insan " dia tulah orang kuat pas bandar tasek mutiara" . blogger bertanya dia kerja apa?kawan blogger menjawab dia seorang guru penolong kanan pentadbiran di salah sebuah sekolah di bandar tasek mutiara. Guru?blogger bertemu dengan rakan blogger untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pekatra. jawapan yang sama diberikan oleh rakan blogger iaitu kes ini menunjukkan penghulu yusof menganiaya kaum melayu sejak 9 tahun yang lalu. sebut sahaja penghulu yusuf, nama dato rashid di joinkan sekali dalam hal ini.
sempat juga malam tadi blogger membuat kajian sedikit tentang kedudukan taman ini.Pembeli-pembeli kini terdesak kerana mereka perlu membayar ansuran pinjaman bank .Taman Pekatra Indah di Simpang Empat rupanya telah menjadi isu nasional. sewaktu yb syed ameruddin menjadi exco perumahan beliau telah memperjuangkan hal ini. namun ada seorang sahabat memaklumkan kepada blogger, dalam hal ini dato rashid selaku timbalan ketua menteri ketika itu agak mengambil sambil lewa isu yang berbangkit. yb syed dipersalahakan buat seketika oleh rakyat. syarikat perumahan negara telah berusaha menyelamatkan projek pekatra ini. namun, masalah besar yang timbul yakni berlaku juga pertindanan nama bagi sesetengah lot perumahan. mengapakah ini berlaku ? bukankah ini membuktikan kelemahan pentadbiran koperasi yang bertanggungjawab? blogger tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak. tetapi blogger yakin isu ini boleh menyebabkan umno dibenci orang melayu.
PERALIHAN KUASA KEPADA PR: PENDUDUK PEKATRA DI BOHONGI
mac 2008 memulakan episod baru buat penduduk pekatra. bagi mereka yang mahukan perubahan nasib mengharapkan pr dapat melakukan sesuatu. namun, ianya hanya tinggal janji .program bertemu dengan exco perumahan dan adun sg bakap ustaz maktar pada awal kemenangan pilihanraya hanyalah sekadar gimik politik pr. tiada apa-apa perubahan. penduduk pekatra tidak dibenarkan bertanya adun dan exco. ustaz maktar ahli abim yang pernah berkhidmat di ppd selatan , merupakan tokoh dikalangan kepimpinan abim pulau pinang. ustaz maktar GAGAL dalam membawa arus perubahan umat. dulu kumpulan ustaz makhtar marahkan dato rashid dalam hal pembinaan pusat v3 di sg bakap. tapi sekarang v3 terus tersergam indah.ustaz maktar GAGAL menyelesaikan masalah lembu berkeliaran d taman puteri gunung dan flat mutiara jaya.ustaz maktar GAGAL menyelesaikan masalah kemiskinan di sekitar kg kepala gajah , tasek cempedak .uztaz maktar GAGAL membantu penduduk pekatra.semua sama sahaja. dato rashid, ustaz maktar dan penghulu yusof ITS SAME FOR ME.
apa yang pr penang boleh buat? bercakap bohong dan menjanjikan angan-angan? apa yang boleh pr buat penduduk pekatra tak dapat rumah tapi kena bayar kadar faedah kepada bank. dahulu kata nak dakwa dan dedah.dakwa dan dedahkanlah sekarang ? jangan tak dakwa dan jangan tak dedah? kenapa tak mau dakwa? kenapa tak mau dedah wahai ustaz maktar ? rakyat menderita..............pengerusi bertindak penduduk pekatra pun senyap seperti tiada taring. penduduk pula tidak mahu bersatu.kesannya, masalah terus berpanjangan.
p/s : blogger mencadangkan beberapa perkara kepada penduduk pekatra :
1. himpun seluruh penduduk yang masih lagi teraniaya dan berjumpa dengan syarikat perumahan negara sendiri. Jumpa pr pun sama nasib jadi kg buah pala.
2. jika yakin berlakunya penyelewengan, maka dapatkan bukti dan buat report polis. jangan cakap sahaja, tiada penyelesaian jika cakap sahaja.
3. hubungi sprm negeri pulau pinang dan bawa bukti sekali
4. berdemo di hadapan pejabat exco perumahan kerajaan negeri.pi ramai-ramai ke komtar
5. berdoa kepada Allah moga masalah ini diselesaikan secepat mungkin.
6. bermohon agar mantan yb foad dapat bawa kes ini kepada dato zahid selaku bekas pengerusi syarikat perumahan negara.
* blogger ucapkan tq kepada rakan blogger dan beberapa penduduk pekatra yang menjadi mangsa . pertemuan malam tadi akan menjanjikan pertemuan selanjutkan dalam membongkar pembohongan pr dan membawa kebenaran bagi menyakinkan rakyat kepada bn. berkatalah benar walaupun pahit.bagi pembaca di zon selatan yang ada isu berkaitan pekatra sila emailkan kepada blogger. tq