feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KEBANGKITAN MELAYU PULAU PINANG

semalam merupakan detik permulaan blogger bersama rakan-rakan merancang satu wadah baru untuk menggerakan jiwa raga dan tenaga sekalian melayu pulau pinang. melayu pulau pinang tidak mampu bertahan sekiranya pas dan umno tidak melakukan sesuatu. serangan melalui senjata sulit guan eng dan dap, tidak dapat dihidu oleh melayu pulau pinang. pulau mutiara bakal menjadi tanah gadaian melayu kepada british seperti tergadainya wilayah seberang perai selatan kepada british. mungkin sekiranya dap ada kuasa memberi anugerah tyt kepada pas , maka pas sanggup menjual tanah mutiara ini. kebangkitan melayu di pulau ini amat perlahan. umno dan pas bertelagah tanpa tiada jalan penyelesaian yang sempurna. semuanya tidak kena bagi pas untuk setiap aktiviti umno dan begitunya juga kompromi kuasa sukar dilaksanakan. salleh man selepas memenangi pilihanraya kecil dun permatang pasir seperti idak sabar menanti dan dinobatkan sebagai ydp maipp. ustaz shahbudin pula nampak telah hilang taring dalam menyuarakan sesuatu. namun blogger percaya ustaz shahbudin ada cara yang tersendiri.



asyik blogger berbincang akan hal kebangkitan melayu malam semalam, terkeluar pandangan dari seorang sahabat apa yang ingin kita bangkitkan?betul juga apa yang dibangkitkan ?blogger membahagikan kebangkitan ini kepada 3 iaitu :


a. kebangkitan pembela melayu

b. kebangkitan pejuang melayu

c. kebangkitan pengkhianat melayu


kami mencadangkan perkara a dan b yang perlu dibangkitkan dahulu. perkara c merujuk kepada orang melayu perlu menjadi pengkhianat kepada kerajaan dap. senario pulau mutiara dengan negeri-negeri pr yang lain amat berbeza. kedah dan kelantan ditadbir pas. selangor masih ada lagi pas yang mendominasinya. tetapi penang tidak sama sekali. suara malik itik, salleh taukeh dan mansor al ghuyubi tidak dipandang serius oleh cina dap. apa yang mereka boleh buat. kampung buah pala adalah janji kong kalikong dap. taman pekatra indah sps juga janji kosong. pengerusi jawatankuasa bertindak taman pekatra menjadi kuda tunggangan dap. yb wong yang hadir sewaktu majis dialog dengan pembeli rumah di taman pekatra disanjung sebagai pejuang. manakala orang melayu yang membeli rumah kos rendah tersebut dianggap sebagai pengkhianat jika bertanya. pengerusi jawatankuasa bertindak taman pekatra yang bercakap secara lagak yb seorang yang sombong apabila disoal oleh rakyat bawahan.dengan gelaran ringkas nik dan berkhidmat sebagai seorang pensyarah di ilp, beliau bertindak seperti sebagai wakil exco.


pembela dan pejuang melayu sedang disusun dan bakal dilancarkan selepas sambutan hari raya idul fitrah 1430.kita mengambil pendirian seperti sekretariat perhimpunan melayu yang berjaya menghimpunkan hampir 15000 orang melayu pada awal tahun lalu. siapakah yang bakal menjadi pejuang dan pembela melayu? orang pas, umno atau pkr?


dalam misi perjuangan ini kita perlu melupakan sengketa lama. berkatalah benar walaupun pahit. tegurlah umno demi kebangkitan semulanya . pas tak boleh diegur kerana mereka maksum dan ahlul syurga.kami tidak perlu ramai dalam menyusun gerakan ini. hanya 10 orang pemuda tetapi bakal mengegar kan gunung krakatoa.kami tidak mahu lagi pejuang dan pembela yang hangathangat tahi ayam. sumber kewangan kami tiada. tetapi kami bangkit atas nama mencari redha Allah demi umat sejagat.



bersiap sedia dalam perang membela nasib 1000 hari umat islam. kepada pegawai kerajaan negeri, kamu harus bertanggungjawab membantu orang melayu dan bukan merancang dasar yang bakal menjahanamkan bangsa kamu.kepada kakitangan awam kerajaan pusat, jangan menjadi pengkhianat di bumi sendiri. jangan kamu makan wang haram walapun kamu berkhidmat dengan tekun kerana kamu sendiri mengharamkan wang kerajaan.
takbir ! hidup melayu!!!