feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MELAYU PERLU BERSATU ATAS NAMA AGAMA ISLAM DAN BUKAN PARTI ISLAM

menjelang seminggu menyambut ketibaan idul fitrah 1430 hijrah. pagi ini blogger menerima borang untuk menjadi ahli gmp (gagasan melayu perak). blogger sememangnya berminat di dalam memperjuangkan nasib islam dan melayu kerana memang niat untuk berjuang dijalan ini sejak dibangku sekolah menengah lagi sampailah sekarang. dengan meniti perjalanan perjuangan umno bersama arwah mak saudara yang ketika itu menjawaT jawatan ketua wanita umno cawangan di dalaM sebuah kawasan di perak. rupanya , ketika itu budaya politik cantas dan dengki dalam umno telah berputik. ketika itu, umno cukup kukuh dan umno alpha dikala kepimpinannya nampakkan harta dan ketepikan perjuangan. perkara ini juga bakaL berlaku di dalam pas
MENGAPA KITA BERJUANG?
kita berjuang kerana mencari keredhaan Allah.kiTa berjuang kerana mahukan syahid dan tidak semestinya ahli pas sahaja yang pandai dalam hal ehwal syahid. allah menjanjikan syahid untuk mereka yang mati di dalam kemalangan, ibu yang mengandung, mati lemas , mati di medan perang jihad dan beberapa yang lain. saya berjuang kerana agama saya dan bukan parti islam yang yang menggunakan islam. orang pas dah selalu pun maki hamun saya sejak dari dulu kerana saya tak nak ikut harakah mereka. kalu ikutkan dengan kawan-kawan dalam harakah islam, kawan-kawan saya dalam pas ini bab hukum hakam islam pun OUT .orang pas tak tahu tajwid pun ramai. belum kira orang pas tak tahu bab fardhu.mereka cuma nak jadi ahli parti pas. kemudian bila pas menang, nak minta projek. ianya seakan sama dengan umno. itu sebab umno lemah sebab pemberian projek diberi kepada orang politik dan bukan pejuang melayu. berbalik kepada gmp. saya hormat pada dato seri hilmi orang kuat gmp. tapi orang pas kata, bila umno kalah diperak, semua proek under dato seri hilmi di perak boleh tergugat.maka , ditubuhkan gmp. kata mereka, ianya ditubuh bukan untuk perjuangan melayu, tetapi hanya sekadar mengisi dan mengawal agar perjuangan tembolok tidak terhakis. inilah kenyataan rakan-rakan saya di dalam pkr dan pas. apapun saya menyanjung tinggi penubuhan gmp. perjuangan bermatlamat perlu diteruskan.perjuangan perlukan modal pusingan akal yang kuat. perjuangan akan gagal jika kita telah nampak habuan di hadapan. wang itu memang penting tetapi janganlah meletakkan wang atas segalanya.
kenapa kerajaan semakin lemah?
kerajaan ialah satu entiti organisasi yang menyelia dan menguruskan negara. kerajaan bergerak dengan dibantu oleh jenteranya yakni kakitangan perkhidmatan awam atau orang kampung blogger kata orang gomen.blogger tak nak ulas sistem pemerintah dalam negara. blogger cuma mahu mengupas kenapa kerajaan lemah. kerajaan yang mentadbir negara ini sekian lamanya ialah kerajaan bn yang ditunjangi umno.blogger salah seorang anak malaysia yang datang dari keluarga yang susah .dibesarkan dengan izin allah atas bantuan kerajaan. pesan arwah ibu dan ayah blogger, jangan lawan kerajaan. dari sekolah rendah dapat bantuan. masuk sekolah menengah dapat biasiswa kecil persekutuan. sambung degree dapat bantuan jpa. sambung master dapat lagi bantuan mara. dan nak sambung phd tengah dok cari penajaan. ha! ha!.kata abang blogger sampai bila nak harapkan bantuan kerajaan.kau ambil duit gaji dan sambung phd. jangan tunggu lagi. tapi bagi diri blogger, tak salah blogger ambil hak blogger dalam pendidikan. ini negara blogger. ini tanah air blogger dan ini tempat tumpah darah blogger. tanah ini tempat blogger berjuang.
kakitangan kerajaan akan melemahkan kerajaan. kakitangan kerajaan ialah jentera kerajaan. jika jentera lemah, maka badan kepada jentera juga lemah. kakitangan awam di malaysia sekarang dah hampir lebih 1.3 juta orang.Wah!!!!! memang ramai. kita ada cuepacs dan kita ada macam-macam pertubuhan pekerja awam. kesatuan guru, kesatuan pegawai kastam dll. tetapi sedarkan ketua setiausaha negara, bahawa hampir mencecah 70% kakitangan awam sokongan memberi undi kepada pembangkang. sepatutnya 1.3 juta ini boleh memberi kemenangan kepada kerajaan. bn berbeza dengan pr. pr memilih kakitangannya mesti anak atau ahli parti,. tapi bn, pilih kakitangan secara somborono. agak tidak cerdik bn dalam hal ini. bila kalah, maka salahkan rakyat dan buat bedah siasat yang pelbagai. tunjang perkhidmatan awam ialah pegawai tadbir diplomatiknya. sedar tak sedar, ptd zaman anwar telah memegang jawatan jusa c dan jusa b. tetapi apakah mereka setia kepada kerajaan? kerajaan tersilap dalam memilih kakitangannya. kerajan bn cuai dan memang kerajaan sendiri yang mahukan mereka tumbang. kerajaan bn perlu belajar dari TOK GURU SYURGA yakni memilih kakitangan kerajaan negeri kelantan di kalangan mereka yang ahli dan pro pas SAHAJA.Tengok khalid gagap pun buat pemilihan pekerja baru dikalangan ahli atau anak-anak ahli PKR , PAS dan DAP sahaja. Kerajaan pusat BN, pilih pekerja ambil secara somborono.
Pejuang pakatan rakyat kata, kami pun bayar cukai. habis tu, pro kerajaan tak bayar cukai? jika ikut ilmiah demokrasi sekarang, yang paling ramai bayar cukai ialah rakyat yang pro kerajaan. satu perkara yang agak tidak cerdik, apabila kerajaan melantik kakitangan awam yang sah!!!!! menentang mereka dan memberi undi kepada pakatan rakyat. Blogger boleh hadiahkan PADAN MUKA kepada kerajaan bn kerana kecuaian ini.Bermula dari zaman dato osman desa perkara ini dimaklumkan. tetapi dato man desa diam membisu. kemudian dimaklumkan kepada kepimpinan kerajaan dalam umno. membisu juga. sebenarnya yang menyebabkan umno kalah ialah umno itu sendiri.
UMNO bergolak dan ahli berpecah...............
Perpecahan umno bermula sejak pemecatan dsai. dsai mungkin wadah baru dalam umno ketika itu.umno berpecah sebelum itu di zaman tengku zali kita. tapi tengku zali tak sehebat dsai. umno bergolak 2 kali di zaman tun m. tapi tun m bijak dalam menyusun kemaraan ahli yang amat berdendam dengannya.umno sekarang dilihat seperti tidak bermaya menahan arus kebangkitan dsai.bermula zaman pak lah umno nampak kuat tapi merundum terus atas faktor sekeliling.zaman tok jib umno semakin nampak goyah lagi. kerusi atas nama umno boleh tewas .melayu dah tolak umno!!!!!!!!!melayu terima pas dan pkr.kenapa ini berlaku. perlu diingat tidak semua ahli umno sayangkan melayu dan tidak semua melayu tidak sayangkan umno. 2 perkara yang berbeza. muhyiddin nampak perlahan dan gagal sehingga kini meletuskan budaya juang yang tinggi. ramai yang menyebut umno bakal mengikut jejak ldp. kaum cina dan india menolak sama sekali umno walaupun tok jib hadiahkan peruntukan berjuta ringgit kepada kaum india.siri pilihanraya kecil yang berlaku, menunjukkan skala untuk umno kecundang amat kuat. apa puncanya? puncanya mudah sahaja iaitu kepimpinan umno tidak jujur dalam perjuangan. mereka sendiri yang mahukan umno kalah.wang peruntukan pilihanraya tidak disalurkan kepada jentera mengikut yang sepatutnya. bagaimana jentera nak bergerak? perkara ini berlaku di dalam setiap kali pilihanraya kecil berlaku.wang yang diberi untuk pilihanraya, disenyapkan. ada bukti? kata kawan blogger? jawab blogger ada la bro.....kenapa ahli parti peringkat akaran merungut saguhati gantung poster tak dapat dan kalau dapat hanya rm20.00? perlu diingat, kepimpinan umno ialah orang politik. berapa ramai pemimpin parti umno boleh melompat ke dalam pkr dan pas? sebab mereka ahli politik. tetapi pejuang melayu tidak melompat parti dan tidak dapat sekupang pun dari projek kerajaan. umno beri jutaan ringgit kepada kontraktor pro umno , tetapi apakah mereka mengeluarkan wang untung itu semula untuk selamatkan umno???adalah la juga yang blogger nampak membantu , tapi boleh dikira dengan jari. dikalangan kepimpinan umno pun blogger dengar ayat seperti " kami orang politik....."apa erti semua ini. mana pi taring tok jib dan muhyiddin. di penang pun, zahid kata nak minta dato jalil berundur jika umno kalah, tapi berlakukah perkara itu?siapakah zahid? anak bagan datoh dan bukan anak penang? orang bagan datoh nak jaga penang? pelik!!!!!!!!!!( ini kata orang umno penang yang blogger dengar)
KESIMPULAN AWAL.......
perlu diingat pemimpin umno tak semestinya pertahankan umno dan beri undi pada bn
perlu ingat ahli umno tak semestinya pangkah bn
perlu ingat, ramai lagi orang melayu yang berjuang lebih dari umno yang mengeluarkan wang poket sendiri kerana bangsa dan agamanya
perlu di cari, kemana pergi kontraktor yang umno bantu dulu, dah kaya raya tapi tak bantu umno. merekalah pengkhianat bangsa sebenarnya yang sebaris dengan anwar.
perlu diingat, umno di ambang kecelaruan prinsip perjuangan
YANG PERLU KITA SEMUA TAHU, ORANG MELAYU DAH MULA MENYAMPAH DENGAN GELAGAT PEMIMPIN MELAYU DALAM PAS, UMNO DAN PKR. SILAP-SILAP MELAYU BUAT UNDI PROTES DAN AKHIRNYA MALAYSIA AKAN JADI MILIK DAP.