feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PERMATANG PASIR : "SAYA BUKAN ORANG DATO' JALIL" SAYA ORANG UMNO UNTUK SEMUA AHLI UMNO



selepas pengumuman nama calon semalam, timbul satu isu yang blogger anggap tidaklah sebesar mana, tetapi boleh juga mempengaruhi keadaan . antara nama calon yang tersenarai di peringkat akhir bagi dun permatang pasir ialah saudara rohaizat, cikgu zaidi, hj rahim dan dato mat saad mantan yb di sana. ramai yang menjangkakan hj ahim atau cikgu zaidi ramalan dan telahan blogger sendiri meletakkan hj rahim sebagai calon. bagi bloger siapa yang jadi calon, kita kena terima kerana kia berkhidmat untuk alif ( agama islam), ba ( bangsa) dan ta ( tanah air).selepas nama rohaizat di umumkan ramai juga yang telah menjangkakan kerana beliau merupakan calon dato jalil. semua menyebut sedemikian.persoalannya benarkah ?

sumber politik menyebut ia benar kerana beliau dilantik sebagai setiausaha bahagian permatang pauh. blogger tidak mengenali beliau secara rapat, tetapi hanya sekadar pemerhati untuk memastikan umno terus mara untuk rakyat malaysia.perlu diingat umur pengundi antara 21 hingga 40 tahun di dun permatang pasir ialah sebanyak 40 %. semua calon layak, tetapi pemilihan rohaizat atas faktor dia muda dan berpendidikan serta berpengetahuan agama. cikgu zaidi akur, hj rahim akur dan dato mat saad akur demi umno dan islam. memanglah, pertelagahan itu perkara biasa. cemburu dan keinginan untuk berkuasa membuak tinggi. cuma, orang berkata rohaizat ialah calon dato jalil. kenyataan ini salah kerana rohaizat untuk semua pengundi permatang pasir walaupun beliau ialah anak penanti.

p/s : teruskan perjuangan rohaizat demi alif, ba dan ta. gembeleng tenaga bersama cikgu zaidi, hj rahim, dato mat saad, yb ariff, dato firdaus dan sekalian saf kepimpinan umno