RESMI FATIHAH KEKUATAN UMMAH MENUMBANGKAN MUSUH ALLAH DI PENANTI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
12.00 TGH.hari ini blogger dapat berjumpa dengan sahabat lama blogger di taman guar perahu. sahabat blogger tahu yang blogger ada di sekitar penanti. so, selepas bersarapan di kubang semang tadi, blogger menerima panggilan daripada sahabat lama dan menjemput untuk lunch dirumahnya.bagi blogger ini peluang untuk bertanya khabar tentang penanti.sahabat blogger ni confirm sokong pkr.apapun kami tetap bersahabat waalupun berlainan fahaman. kami saling hormat menghormati.
1 jam blogger bersama beliau, blogger memperolehi sedikit info tentang penanti. jawapan yang sama blogger perolehi iaitu mansor tetap menang. sahabat blogger pun kata dia tetap pangkah mansor , walaupun mansor bukan orang penanti. blogger tanya kenapa? mudah sahaja jawapan dia, iaitu saya penyokong anwar sejak di zaman umno lagi.kenapa sokong kuat anwar? saya yakin anwar tidak bersalah. mahathir yang bersalah.walaupun saya tahu anwar bukan jenis manusia yang baik, tapi demi hukum politik saya akur dengan dia.apa yang anwar tak baik? banyak ..........antaranya anwar memang suka bagi duit dan anwar memang banyak duit.aku tahu la, sebab aku terlibat di peringkat jentera bahagian pkr permatang pauh. bagi aku. anwar memang menjaga jentera kerana duit adalah segala-galanya dalam menggerakkan jentera.
blogger betanya lagi.nolehkah anwar kalah di permatang pauh? dia menjawab boleh, tetapi masanya Allah yang aka tentukan. kami pun semakin goyah dengan anwar kerana kes salahlaku seksnya sejak dari dalam umno lagi. jika mengkaji kuasa Allah, kita semua tak tahu.
segelas air oren , mengakhiri perbualan kami. blogger dapat simpulkan anwar bakal ditalkinkan tak lama lagi. 1 julai tarikh keramatnya. Takbir ! Allahuakbar