INDIA PENANTI NAK APA LAGI ?
6/5/09 .bamboo thai seafood penanti.petang tadi blogger berjumpa dengan salah seorang penggerak kaum india di penanti.dia bukan dari mic atau pkr.tapi corak pemikirannya seakan-akan terarah kepada pkr.blogger panggil dia uncle.nama dia tak perlu la blogger beritahu.minggu ni blogger banyak turun ke penanti berjumpa dengan pemimpin pelbagai kaum di akaran.bukan apa.seronok mencari maklumat dan menganalisis keadaan semasa.seperti biasa perbincangan berkisar pasal tahap sokongan india di penanti.jawapan yang dapat disimpulkan 50-50.P ramasamy banyak membantu mereka.ini berbeza dengan exco india dulu.orang india bukan mau apa.mereka lebih pada agama.mereka nilaikan kerajaan bukan melalui bantuan tapi melalui kesediaan kerajaan memberi bantuan untuk membina kuil.orang india memang mahukan peruntukan wang tapi ia berfikir secara menyeluruh bagi kes penanti mereka melihat gelombang seakan-akan kaum cina.mereka melihat tuntutan cina lebih didengar di zaman pkr.jadi mereka merasakan diri mereka sama dengan kaum cina iaitu bukan bumiputra.dari segi sentimen, nama ketua umno dato jalil naik juga la dalam perbincangan kami. dato jalil katanya kurang bergaul dengan masyarakat india.fairus pun waktu mula-mula sahaja.perbincangan lebih kurang 40 minit itu, dapat blogger rumuskan sebagai 60% india akan menyokong bn dan 40 % lagi akan memberi undi kepada pr.terpulang pada bn nak mainkan peranan.