APA KATA ANAK MUDA PENANTI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
7/5/09.jam 5.00 petang blogger singgah seketika di bengkel gp motor racing dekat dengan jalan nak ke taman guar perahu. blogger. bukan nak buat temuramah atau temumurah. tapi saja nak tengok gelagat anak muda. duduk lepak bersantai sambil melihat mekanik membaiki motor yang keluar masuk ke bengkel kecil tersebut.ada kes tayar pecah, ganti brek dan pelbagai lagi. seperti biasa blogger akan mendapat info secara tersirat melalui soalan-soalan yang tidak akan disyaki oleh orang yang ditanya.blogger bertanya pendapat tentang mat rempit dan kumpulan bermotor pkr.kebetulan salah seorang mamat motor ini ialah ahli kumpulan bermotor pkr. budak kampung pelet. blogger tanya dapat berapa sekali jalan.duit minyak dan duit makan dan tentu lepas tapi dapat lebih sikit pada umno. berapa ? paling tidak pun sekali round dalam rm 30.ok lah tu , anwar banyak duit. kalau ikut pemuda umno tak tentu dapat banyak tu. kata mamat motor ni, kami bukan apa, seronok bila kita dapat lawan kerajaan. kerajaan la ni bukan betoi sangat.kerajaan mana boleh bagi kerja.anwar tengok cakap sedap dan berani.
kesungguhan kumpulan bermotor pkr bukanlah kerana halatuju pkr itu sendiri.tetapi mereka bergerak kerana wang.wang adalah segalanya.ada juga dikalangan mereka yang terlibat dengan kes lumba haram. gelagat mereka mesti memaparkan wajah seorang samseng jalanan.ini kehendak politik anwar.banyak jugalah yang blogger perolehi petang semalam sebagai panduan untuk melakukan tindakan di penanti.blogger kemudian singgah gunting rambut di kedai gunting rambut mat radhi berdekatan dengan caltex padang ibu.