feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

14/5/09- restoran al fahthoni kubang semang

petang semalam, blogger dok rehat sat dekat restoran ini sambil menikmati sepinggan mee goreng.selain restoran ni, ada sebuah lagi restoran dekat kampung pelet yang blogger suka singgah pekena mee iaitu gerai mee kuah ketam.seperti biasa misi blogger ialah ingin mendapatkan perkembangan di bumi penanti.pkr memang dah bersiap sedia 100%.umno dalam congak.calon bebas dah mula berkempen. 3 suasana berbeza yang blogger rasai.yayasan aman memang selalu di penuhi manusia.macam-macam rancangan yang pkr atur.risau tentang kekalahan pun ada juga.pkr penang sama juga macam pkr perak.pkr perak, mustafa kamil yang dok atur nak jadi mb dan buang osman jailu dan jamal. penang pula, zaharin yang dok gila nak lantik mansor jadi tkm.so, kena buang fairuz.semua ini aturan khas kepimpinan tertinggi pkr negeri.banyak yang blogger dengar dari sumber yang boleh dipercayai di penanti.anwar yakin boleh menang d penanti sebab anwar kata pengundi penanti terima dia.permatang pauh sayangkan dia.umno pula nak cuba low profile.ada juga kawan-kawan dalam umno cawangan kata, bila pilhanraya duit nak turun berguni.blogger senyum jer.anwar bawa turun berlori.umno bawa turun berguni.banyak betul duit anwar dan umno dalam benak fikiran blogger berfikir.orang pkr pun takut juga.takut kalah kata pak hashim seberang jaya yang blogger temui di sini.hampir sejam berbual, blogger bergerak ke bandar perda ada urusan di bsn.ok esok jumpa lagi dengan berita sensasi.