feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

UMNO PERMATANG PAUH TETAP MAHU BERLAWAN



28/4/09. petang ni blogger berehat seketika di kopitiam seberang jaya.dahulu nak lihat orang melayu minum kedai cina amat jarang sekali.bukan apa, mereka takut gelas yang kedai cina gunakan tu, digunakan juga untuk minuman keras.budaya old town, new town, kopitiam dan pelbagai nama lagi menjadi daya tarikan anak muda melayu.old town seberang jaya, blogger lihat setiap malam menjadi tempat kunjungan usahawan muda melayu berbincang soal perniagaan segera. namun, pada kali ini, blogger tidak ingin mengupas soal kopi, tetapi soal hasil perbincangan blogger dengan seorang sahabat umno permatang pauh berkenaan dengan penanti.malam ini anwar akan turun dan berucap di yayasan aman penanti .menurut sahabat tersebut anwar dijangka akan mengumumkan calon N12 Penanti malam ini bersama bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairudin, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man.

menurut beliau, program yang diatur adalah berikutan kepulangan Anwar ke permatang pauh bersama Fairus untuk bertemu rakyat di Penanti selain memastikan jentera Pakatan Rakyat berjalan seiring sebelum menjelang hari penamaan calon pada 23 Mei dan mengundi pada 31 Mei depan. katanya lagi, dr mansor mungkin tidak akan dicalonkan kerana wan azizah tidak mahu dr mansor bertanding.wan azizah mahukan anak tempatan. saifuddin pula telah lama bersiap sedia merancang srategi pilihanraya yang lebih agresif.katanya lagi, kali ini mungkin berlaku banyak perkara yang tidak diingini.umno permatang pauh pula, lebih bertindak secara low profile tapi tetap mahu menentang pkr.

apa yang menarik perhatian blogger dalam perbincangan lebih kurang sejam tadi ialah tentang sejauhmanakah persediaan umno permatang pauh berhadapan dengan gelombang anwar?gelombang bukit gantang akan dicanang.anwar bertindak dalam suasana politik berdendam .anwar berdendam dengan mahathir dan bukannya umno.anwar tidak marah tok jib.tetapi anwar marahkan tun m di belakang tok jib.ada yang menyebut umno goyah di permatang pauh kerana terlalu ramai orang anwar dalam umno bahagian.sokongan dan undi tidak boleh dinilaikan.perpecahan umno dari dulu sampai sekarang tak selesai.umno mungkin tak serius dalam perang kali ini.silap jalan, merugikan jentera lagi.lawan memang la tetap lawan.tapi jangan melawan tanpa strategi yang dapat menggerunkan musuh.setakat bertanding tanpa persediaan perang, itu namanya tidak cerdik.