feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PENANTI :KUBUR BARU BUAT BN.....KATA PR

selsema babi..........selangor nak buat kandang babi terbesar.kedah nak ikut.teruskanlah....

27 april 2009. malam tadi blogger berada di sekitar gerai makan di kubang semang.blogger amat suka berehat sambil menghirup kopi jantan di salah sebuah gerai di sebelah masjid kubang semang.masjid kubang semang kata sahabat blogger ialah masjid anwar.so, jangan dok harap, kubang semang akan beri undi pada bn.banyak isu baru yang blogger dengar dalam perbualan bersama penduduk di kubang semang.ada seorang pakcik tu berasal dari kampung pelet. orang kuat pas. usianya dalam lingkungan 60 an. 25 tahun yang lalu , memang pakcik ni orang kuat umno. tapi sekarang tidak lagi.seronok juga berbual dengan pakcik tersebut.banyak input baru yang diterima , tetapi input tersebut mungkin tidak memberi kredit kepada bn.dalam analisis isu yang blogger lakukan, blogger dapati banyak perkara yang fairus tidak lakukan di penanti.fairus memang sah pemalas. fairus menang kerana mewakili pkr dan bukannya kerana keperibadiannya.fairus sukar dijumpai dan tahap egonya amat tinggi.ramai dikalangan orang pas merungut, dengan tindak anduk fairus yang suka diraikan dan amat lambat menghadiri sesuatu majlis.lakonan fairus kadangkala dapat dihidu oleh penduduk.penduduk penanti sebenarnya tidak mahukan pembangunan fizikal lagi. mereka mahukan perubahan total.mereka mahu melihat anwar jadi pm. itu sahaja. kata pakcik tersebut, dewan dan jalanraya bukannya perubahan.perbualan antara blogger dengan rakyat di kubang semang malam semalam, dapat dirumuskan dengan ayat berikut " BN TAK USAH NAK TURAP JALAN, KOREK PARIT, BUAT DEWAN, JANGAN NAK NUNJUK ZIARAH ORANG SAKIT, BERI BANTUAN SEGERA DAN BANYAK LAGI".ORANG KAMPUNG DAH TAHU.