TENANG TIDAK BERMAKNA AMAN DAN DAMAI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
21/4/09 Kampung Pelet. hari ini blogger bersarapan di salah sebuah gerai makan di kg pelet.kg pelet terkenal sebagai markaz dan kubu kuat pas dan pkr.banyak isu yang blogger dengar dan diluahkan dalam persidangan meja bulat kedai kopi.biasa la orang kampung.banyak isu yang mereka bincangkan.tapi kesemuanya tidak memberi kredit kepada umno..cuma mereka tahu fairus memang bersalah, tapi mereka tak nak umno.so, dengan kata lainnya mereka akan menjadi enyokong parti yang setia walaupun pemimpin parti tersebut perangai macam syaitan.timbul dalam perbincangan tu, fairus la ni dah kenyang.dia letak jawatan pun dah kaya. blogger pelik kenapa mereka marah sangat kan pemimpin umno?mungkin inilah balasan kepada pemimpin umno yang tidak memimpin dengan baik.
blogger juga mendengar yang fairus ni malas nak turun kawasan dan jarang bantu orang kampung yang perlukan bantuan.perangai nyer sama jer macam orang umno.kami tolak umno kerana umno sombong.itu luahan mereka.ini bermakna, umno perlu berubah menjadi orang yang tidak sombong dan rendah diri. bolehkah umno pertaruhkan calon yang boleh diterima rakyat dan bukannya diterima umno semata-mata.jika umno tidak berpecah , bn boleh menang