SURAT TERBUKA BUAT TOK JIB
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
20 APRIL 2009
24 RABIULAKHIR 1430H
Kepada :
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
MALAYSIA
Assalamualaikum w.b.k
Per : Arah Tuju Pejuang Kerajaan di Kampus.
Perkara di atas adalah dirujuk.Saya mendoakan semoga Y.A.B Dato' Seri , berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan dinaungi dengan keberkatan Allah SWT.
2. Sehubungan dengan itu, saya ingin menarik perhatian YAB Dato' Seri berkaitan beberapa perkara yang mungkin terlepas pandang oleh kepimpinan kabinet yang lalu dan perdana menteri yang lalu. Tumpuan yang ingin saya maklumkan disini ialah berkait rapat dengan pemilihan kakitangan penjawat awam dan nasib pejuang -pejuang kerajaan di kampus . Kedua dua perkara yang ingin saya maklumkan ini berkait rapat dengan survival dan masa depan serta harapan pejuang-pejuang kerajaan di dalam mendepani cabaran serta dasar yang di bawa oleh Dato Seri. Saya amat yakin dan percaya bahawa YAB Dato' Seri mempunyai cabaran yang amat luas serta tanggungjawab yang besar untuk dipikul.Saya berpandangan adalah wajar, sekiranya ke empat-empat perkara yang ingin saya maklumkan ini , dapat kiranya YAB Dato' Seri minitkan kepada menteri yang terbabit.
3. Berikut ialah dua perkara yang ingin saya maklumkan kepada YAB Dao' Seri iaitu :
a. Pemilihan kakitangan awam
Umum mengetahui bahawa pemilihan kakitangan awam di Malaysia berdasarkan kepada proses temuduga yang akan dilalui. Pemilihan ini tidak dicampuri oleh apa jua urusan politik.Ianya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dengan penuh ketelusan dan ada juga temuduga yang dijalankan secara terus oleh jabatan yang berkenaan. Namun, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak perkara yang tidak dinilaikan di dalam proses temuduga iaitu perkara yang berkait rapat dengan kesetiaan kepada kerajaan yang memerintah.Saya amat yakin dan percaya seramai jumlah 1.3 juta kakitangan awam, lebih kurang 60 % nya terdiri daripada mereka yang menyokong dan mengundi calon pakatan rakyat.Mereka tidak setia kepada kerajaan kerana bagi mereka setiap hujung bulan mereka akan memperolehi gaji. Dan mereka tahu, undi mereka ada rahsia.Mereka menjadi kumpulan silent majoriti.Sebagai contoh YAB Dato' Seri perlu mengetahui dengan jelas seramai 4 orang Penolong Pengarah di JAKIM yang merupakan penentang kerajaan di kampus telah pun menjawat jawatan yang selesa di jabatan berkenaan.Ini tidak temasuk penggerak pembangkang di kampus yang telah menjadi pegawai PTD, Pegawai Belia dan sebagainya.Jadi tidak hairanlah, ramai dikalangan belia di Malaysia yang menyokong pembangkang kerana pegawai belia yang dilantik pun memang totok pembangkang.
YAB Dato' Seri, pemilihan guru J-qaf dan KPLI juga harus diberi perhatian semula.Saya ingin memaklumkn kepada YAB Dato Seri hampir 80% guru J qaf di Malaysia merupakan mereka yang pro kepada PAS dan PKR.Pejuang-pejuang Kelab UMNO Mesir yang berjung bagai nak mati di Mesir, tidak dipilih sebagai Guru J qaf.Guru-guru juga ramai yang pro kepada Pakatan Rakyat walaupun mereka di pilih dan diberi gaji oleh kerajaan BN.Lihat sahajalah koperasi guru Pulau Pinang yang menjemput pemimpin Pakatan Rakyat merasmikan majlis makan malam mereka.Saya tidak menyalahkan mereka, kerana yang memilih mereka masuk ke dalam kerajaan ialah BN sendiri.Jadi , tahniahlah pilih musuh dalam jabatan kerajaan.
YAB Dato' Seri perlu belajar dari kerajaan kedah dan kelantan.Mereka memilih kakitangan baru berdasarkan latarbelakang parti politik. Adalah sikit seorang dua yang mereka ambil dikalangan anak orang BN.Tapi boleh dibilang dengan jari.Kenapa kerajaan BN beria-ia mengambil kakitangan yang jelas menentang mereka. Apabila pengesahan jawatan di buat, maka bermaharajalela mereka.Misalnya , seorang pensyarah Pusat Matrikulasi Pulau Pinang yang bernama mahfuz.Beliau terlibat dengan jelas membantu Pas di Bukit Gantang. Di hadapan majikan, beliau amat baik menyokong kerajaan, tetapi di belakang beliaulah wira menghentam kerajaan. Apakah ini yang BN mahukan?
b. Nasib pejuang-pejuang kerajaan di kampus
YAB Dato' Seri perkara ini pernah saya ajukan kepada beberapa orang setpol menteri dan juga Perdana Menteri sebelum ini.Saya memaklumkan kepada mereka secara lisan (face to Face ) tentang nasib pejuang kampus yang pro kepada kerajaan. Mereka inilah kumpulan anak muda yang tidak menyertai UMNO tetapi setia kepada kerajaan BN tetapi malangnya, jasa baik mereka tidak dapat di balas oleh BN dengan sewajarnya. BN lebih suka membalas jasa kepada penentang kerajaan.Jadi, tidak hairankan kakitangan awam yang baru, ramainya menentang kerajaan.Boleh dikatakan semua daripada pejuang-pejuang kampus pro kerajaan mempunyai kelulusan yang baik dan aktif.Mereka merupakan aktivis siswa yang peka kepada dasar kerajaan .Merekalah jurucakap yang mempertahankan kerajaan di kampus. Malangnya kerajaan BN gagal menjaga mereka.Ramai di antara mereka yang masih lagi bekerja secara berstatus kontrak, PKS dan menganggur. Bagi saya, sia-sialah perjuangan mereka. Ada yang nak meminjam untuk mulakan perniagaan, pinjaman mereka di tolak dan bahkan ada yang disindir.Inilah nasib pejuang kerajaan di kampus yang akhirnya di anjingkan sendiri oleh kerajaan BN.Apalah salahnya kumpulan ini di serapkan masuk ke dalam jawatan kerajaan.Ini tidak, peluang untuk ditemuduga juga dinafikan.Ada sumber menyebut, panel pemilihan temuduga juga adalah ramai dikalangan pro pembangkang.Ini yang perlu Dato' Seri perhatikan.
3. Justeru, saya berharap agar YAB Dato' Seri dapat mengambil perhatian serius terhadap surat terbuka yang saya kemukakan ini. Sebarang masalah dan pertanyaan YAB Dato' Seri boleh menghubungi email Mysrimuara. YAB Dato' Seri transformasi bukan dengan kata-kata sahaja, tetapi ianya memerlukan iltizam jentera perang yang kuat dan bijaksana.Bagi saya, BN masih lagi ada harapan untuk menyusun semula pengambilan jawatan baru dalam kerajaan.Jika tidak, lebih baiklah semua mahasiswa yang pro kerajaan beralih kepada pembangkang.Kemungkinan besar mereka lebih dihargai.BN lebih sayangkan pembangkang kampus daripada pejuang kerajaan di kampus. Akhir kata, semoga YAB Dato' seri dapat membuat pertimbangan moral yang sewajarnya demi kebaikan semua. Barisan Bertindak Aspirasi Mahasiswa sentiasa bersedia membantu YAB Dato Seri. Saya mengharapkan maklumbalas Dato Seri melalui email blog ini.
Sekian terima kasih
Yang Menurut Perintah Kerajaan BN
t.t
Blogger Mysrimuara
s.k