feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

JAMBATAN BENGKOK.KENAPA SEKARANG DAN TIDAK DAHULU?


BERITA 1 :Mukhriz: Hidupkan Kembali Projek Jambatan Bengkok


Dalam satu temuramah bersama akhbar bisnes The Edge, dipetik dari TheEdgedaily.com, Dato Mukhriz Mahathir berkata sudah tiba masanya projek jambatan menghubungkan JB-Singapura melalui Tambak Johor dihidupkan kembali supaya CIQ yang telah disiapkan dapat digunakan dengan OPTIMUM.Ini merujuk kepada masalah yang dihadap oleh rakyat kedua-dua negara yang menghadapi KESESAKAN yang teruk semasa CIQ dibuka secara rasminya semalam.
Dato Mukhriz dipetik sebagai berkata pada satu sesi diskusi di Johor Bahru pada tahun 2005, beliau mendapati bahawa RAKYAT JOHOR mahukan Jambatan Bengkok, tetapi apa yang RAKYAT Johor tidak mahukan adalah pertukaran sebuah jambatan dengan pasir dan laluan udara bagi jet-jet pejuang Singapura.Dato Mukhriz menekankan bahawa tidak sekali-kali RAKYAT Johor membantah pelaksanaan Jambatan Bengkok, dan dengan saranan KP UMNO Bahagian Johor Bahru sendiri , saudara Khalid Mohamad, maka sewajarnya projek jambatan diperjuangkan kembali!
Berita 2 :Pemuda Umno Johor Cadang Projek Jambatan Bengkok Dikaji Semula

JOHOR BAHARU, 14 April (Bernama) --
Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor."Ia (pembinaan jambatan bengkok) adalah pelaburan jangka panjang dan tiada siapa yang dapat menafikan kesan positif projek pembinaan jambatan itu terhadap ekonomi Johor dan di dalam mewujudkan pelbagai peluang ekonomi lain," kata Ketua Penerangan Pemuda Umno Johor Khalid Mohamad.Beliau berkata pembinaan semula jambatan bengkok merentasi Selat Johor mampu memenuhi aspirasi rakyat Johor terhadap barisan Kabinet Rakyat pimpinan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Katanya keseluruhan rakyat Johor tanpa mengira agama dan bangsa mahu kerajaan mengkaji semula keputusan yang dibuat pada 2006 untuk membatalkan pembinaan jambatan bengkok.
"Rakyat Johor daripada segenap pelusuk menaruh harapan yang tinggi terhadap Perdana Menteri supaya keputusan untuk membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Johor itu dikaji semula," kata Khalid yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Johor Baharu pada sidang akhbar di sini, hari ini.Mengenai kemungkinan bantahan daripada Singapura terhadap cadangan pembinaan semula jambatan bengkok itu, beliau berkeyakinan kedua-dua negara mampu berunding dan mencapai penyelesaian untuk kepentingan bersama."Jika tidak pun, kita hanya membina jambatan itu di bahagian kita sahaja," katanya sambil menambah, Singapura perlu mengelak daripada menjadikan isu pembinaan jambatan itu sebagai "cagaran" sebagai syarat untuk menyelesaikan isu lain yang tertangguh.S
emalam, orang ramai termasuk persatuan dan dewan perniagaan Cina dan India Johor menyuarakan keyakinan mereka bahawa pembatalan projek pembinaan jambatan bengkok itu akan dikaji semula oleh pentadbiran Perdana Menteri yang baru.Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Johor Baharu Datuk Soh Poh Seng dipetik berkata, perniagaan di dalam bandaraya Johor Baharu akan lebih rancak jika projek pembinaan jambatan itu diteruskan.Presiden Persatuan Perniagaan India Johor P.Sivakumar pula berkata, kedua-dua negara akan memperoleh faedah bersama menerusi pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor yang dibina pada 1924 itu.
kata kawan blogger di auto city :
1.kenapa mukhriz yang bersuara?
2.kenapa mukhriz jadi timbalan menteri?dulu kata tak mau
3.kenapa perlu buat pembaziran sekarang, di kala negara sedang mengalami krisis ekonomi.tak kan nak bunuh umno secara senyap
4. bukankah dah bayar pampasan pada kontraktor ?
5. dulu kenapa pemuda UMNO Johor diam?
kesimpulan blogger : pertimbangan moral dan hak bermasyarakat adalah segalanya.fikir sebelum musnah.