feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

DEMI KESUCIAN ZULKIFLI NOORDIN PERLU BEBAS

KENYATAAN MEDIA
OLEH ZULKIFLI BIN NOORDIN
AHLI PARLIMEN KULIM BB
Salam 2 all.YAB Menteri Besar Selangor telah mengeluarkan kenyataan hari ini untuk mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN Bukit Lanjan.Keputusan ini dibuat walaupun YB Eli telah meletakkan jawatan bagi kedua-dua kedudukan tersebut bersabit daripada isu gambar yang terbongkar baru-baru ini.Keputusan dibuat berdasarkan 2 sebab utama iaitu kegagalan pihak polis menyelesaikan siasatan dan kerana menghormati hak peribadi YB Eli.Saya mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB & Kerajaan Negeri Selangor dan mengambil keputusan memufaraqah dan memisahkan diri saya daripada keputusan tersebut.Saya mengambil pendirian ini kerana saya menghormati keputusan YB Eli yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan.
Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan.YB Eli telah memilih untuk meletak jawatan dan telah pun meletakkan jawatan. Itu adalah hak peribadi beliau!Saya yakin YB Eli mengetahui & memahami benar masalah yang beliau hadapi. Sebab itu YB Eli memilih untuk meletakan jawatan sebagai Ahli Exco & ADUN. Itu adalah hak beliau untuk berbuat sedemikian.Saya cukup yakin beliau telah menimbang keadaan sekeliling dan pebagai faktor lain sebelum membuat keputusan tersebut.Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor memaksa YB untuk terus mengekalkan kedudukan beliau sebagai Exco dan ADUN memberi gambaran seolah-olah YAB MB & Kerajaan Negeri tidak menghormati keputusan YB Eli untuk meletak jawatan.
Keputusan YAB MB & Kerajaan Negeri Selangor juga akan menambahkan tekanan terhadap YB Eli. Sudah pasti akan ada pihak mengambil kesempatan mengenakan tekanan terhadap YB Eli.Keputusan ini juga pasti memberi tekanan yang hebat kepada sebahagian penyokong, pendokong dan komponen Pakatan Rakyat.Apatah lagi untuk YAB MB & Kerajaan Negeri memutuskan isu ini dengan menyalahkan pasukan polis. Kita semua tahu dan sedar bahawa siasatan polis dilengahkan kerana tiada kerjasama orang yang disyaki yang memilih untuk tidak bekerjasama sehingga ke hari ini.Apa lagi bukti kukuh yang dikehendaki oleh YAB MB & Exco Kerajaan Negeri Selangor apabila YB Eli sendiri yang membuat keputusan meletakkan kedua-dua jawatan beliau.
Saya sangat bersimpati dengan YB Eli dengan masalah yang beliau hadapi, malahan saya antara orang yang pertama membuat kenyataan terbuka mempertahankan beliau dan mendesak tindakan keras dan tegas diambil terhadap petualang-petualang durjana yang telah mengambil dan menceroboh serta mencabul kehidupan peribadi YB Eli.Soal bersimpati secara peribadi terhadap beliau dan memaksa beliau terus menjawat jawatan awam adalah dua isu yang berbeza.Saya berharap YAB Menteri Besar & Kerajaan Negeri Selangor akan mengkaji semula keputusan mereka dan menghormati keputusan YB Eli yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco & ADUN Bukit Lanjan.Sekian terima kasih.
Zulkifli Bin Noordin
Ahli ParlimenKulim Bandar Bharu
Rabu 19 Rabi'ul Akhir 1430
ULASAN : JANGAN TUNGGU LAGI. LAWAN JE YB.JANGAN IKUT SANGAT CAKAP KHALID GAGAP TU.YB PUN SEDAR HAL INI.YANG TERSIRAT WAT PER PKR LANTIK PEMIMPIN YANG ADA MASALAH MORALITI.BAWA JANTAN MASUK DALAM RUMAH.PKR DAH KURANG CALON KER?ATAU ADA YANG TERSIRAT LAIN KOT.BEGITULAH TERUKNYA PKR SAMPAI NAK CARI CALON BERSIH GANTI ELIZ PUN TARAK.