BEDAH SIASAT IKHLAS DARIPADA MY SRIMUARA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
muhyiddin perlu membantu ONE MALAYIA.transformasi yang bagaimana?ahli umno mahu berstatus quo lagi.umno tetap bermusuh antara satu sama lain.umno menolak kepimpinan muda yang berintelektual.umno tidak memberi ruang kepada golongan muda yang berintelektual.bayangkan seorang yang tidak berkelulusan dalam akademik pun boleh dilantik sebagai ketua peneranan bahagian .apa yang boeh dia buat?umno awal-awal lagi reject ahli yang ada potensi nak naik ke atas.umno tidak mahu memujuk golongan agama dan tidak hairan kepimpinan umno pun sejak kebelakangan ini pun kurang nampak wajah nyer di masjid.umno dulu adalah pemimpin untuk semua.dialah imam.dialah tukang masak.dialah tok guru dan dialah segala galanya.itulah ketua cawangan dan bahagian umno dulu.
SEMUA INI DIGUNAKAN OLEH PAS DAN PKR UNTUK MEMENANGKAN MEREKA
Badan bebas kaji punca kekalahan
TAIPING 7 April – Satu badan bebas akan ditubuhkan bagi mengkaji dengan lebih tepat punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mencadangkan perkara tersebut kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.“Penubuhan badan bebas ini supaya kita dapat mengetahui secara lebih tepat sebab-sebab kekalahan sama ada dari sudut jentera atau apakah isu yang sebenarnya telah mempengaruhi pengundi,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir.
ULASAN MY SRIMUARA
1. ada orang umno kata, kalau pak lah letak jawatan maka bn akan menang.
bn menangkah sekarang ?
2. ada orang umno kata, kalau khairy turun kawasan pilihanraya mesti bn kalah
khairy langsung tak nampak kelibatnya di selambau dan gantang.menangkah bn?
3. ada orang umno kata dan ramai yang kata, kalau nak menangkan bukit gantang , ambil anak tempatan
sekarang dah ambil...menangkah?
4. ada orang umno kata, ismail safian perlu dipertimbangkan kerana dia banyak kes
kenapa ambil juga.terimalah sahajalah
5. ada orang umno kata, kita boleh menang besar sebab orang perak marahkan nizar lawan raja
benarkah sekarang?tapi yang ini benar sebab melayu tetap beri undi pada umno
6. ada orang umno kata kenapa ambil juga calon yang kalah dalam pemilihan bahagian?dah tentulah dia kalah kerana umno sendiri tak suka.
7. ada orang umno kata, ismail safian ramai cina dan india suka dan kenal
tapi sekarang cina dan indialah yang tak undi dia.ada juga melayu yang kecewa dengan dia
MUHASABAH DIRI
1.penceramah umno tiada keselarasan dalam berceramah.konsep serangan menggunakan peluru tabur dan bukannya tembakan tepat
2. memberikan bantuan segera bukan lagi cara bn , tapi berikan juga kenapa? contoh bantuan kepada sjkc.sjkt dan sk bagaimana ?
3. penceramah yang berceramah tidak menggunakan konsep gempur tetapi kepada banyak memuji calon sehingga orang getik mendengar nya
4. serangan berbentuk perkauman sekali lagi dihemburkan ezam.marahlah cina dan india....
5. bilik gerakan pas pengarahnya orang muda.jenteranya orang muda.bilik gerakan umno pengarahya orang tua.....bukan tak boleh, tapi idea statik
6. duit tak tiris ke lapangan sebab orang yang bertanggungjawab nak simpan duit selepas pilihanraya.
7. pas membahagikan penceramah kepada 2 konsep serangan.yang memuji kaum lain dan yang satu lagi menyerang umno di kawasan melayu.misalnya isu pemberian rm 1 juta kepada pibg sjkc dijadikan umpan pas untuk menyatakan umno tak tolong melayu di kawasan orang melayu.
8. dap pula menjalankan kempen pangkah bn bererti memberi peluang kepada umno menghalang hak cina.50 tahun dah umno halang hak cina
9. bantuan anwar dalam aspek kewangan dan tauke tauke cina.bukan rm 10.tapi melebihi angka rm 10 juta.
10. kekecewaan orang pak lah di bukit gantang sebahagian daripada isu