PEMIMPIN BEGINI YANG KITA MAHU
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
TELUK INTAN: Elaun percutian tahunan sebanyak RM20,000 seorang kepada enam anggota exco kerajaan negeri Perak akan ditarik balik untuk digunakan bagi mengatasi masalah rakyat, kata Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.Menurutnya adalah tidak wajar peruntukan sebanyak RM120,000 itu digunakan sebagai elaun percutian dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang."Wang berkenaan sebaliknya digunakan untuk mereka yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Hilir Perak hari ini.Zambry juga berkata kerajaan negeri memutuskan untuk mengadakan mesyuarat exco di setiap daerah di negeri itu secara bergilirgilir bagi membolehkan semua anggota exco memahami lebih mendalam masalah rakyat di peringkat akar umbi. BERNAMA
ULASAN : MACAM NI LA PEMIMPIN UNTUK RAKYAT.BUKAN MACAM NIZAR NAMRUD DOK BUAT KENDURI RAKYAT DAN HABISKAN WANG RAKYAT.11 BULAN ASYIK DOK JAJA KENDURI SAHAJA.DUN PASIR PANJANG 11 BULAN TIADA PEMBANGUNAN.GUNA DUIT KE SINGAPURA DAN MELANCONG KE SANA SINI.ELAUN TAK MAU POTONG.LAIN KALI PAKATAN RAKYAT TIRU MACAM CARA ZAMBRY.