NGEH KOR HAM LAWAN CAKAP KARPAL
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
NGEH SEORANG PEGUAM DAN ADA FIRM DI SITIAWAN.NGA KOR MENG PULA BALACI NGEH.NGEH KATA BAGI 48 JAM PADA SPR DAN DIA NAK LAWAN SPR.WAHAI NGEH ADUN SITIAWAN....KAU INGATLAH BAIK-BAIK, JANGANLAH KAU LAWAN UNDANG-UNDANG.SUDAHLAH KAU PECAT 2 ADUN PKR.KAU NAK LAWAN LAGI.PEMBANGUNAN BANDAR SITIAWAN SIAPA YANG BUAT KALAU BUKAN BN.MUJURLAH WAKIL MCA AHLI PARLMEN LUMUT BIJAK (YB DATO KONG CHOR HA).NGEH IALAH MB SEBENAR DI PERAK.NIZAR HANYALAH KUDA KAYU TUNGGANGAN NGEH.BANYAK LAGI KISAH NIZAR KUDA KAYU AKAN TERBONGKAR SELEPAS INI.TUKUL BALAK DI PERAK NGEH DAN NGA TENGAH BAHAGIKAN SAMA RATA.PAS PUN DAPAT TAPI ALI BABA JUGA.
KARPAL DAH KATA PERKARA SEBENAR.KENAPA NGEH NAK LAWAN JUGA?
KARPAL DAH KATA PERKARA SEBENAR.KENAPA NGEH NAK LAWAN JUGA?
Sia-sia cabar keputusan SPR - Karpal
KUALA LUMPUR 3 Feb. - Adalah sia-sia untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Jamaluddin Mohd. Radzi dan Mohd. Osman Jailu, masing-masing sebagai wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Behrang dan Changkat Jering di mahkamah, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh. Karpal Singh, yang juga seorang peguam kanan berkata, ia "akan hanya membazirkan usaha dan masa" untuk mencabar keputusan SPR itu yang diumumkan hari ini, kerana ia terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes serupa. Pada 1982, Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Ong Kee Hui lawan anggota parti ketika itu, Sinyium anak Mutit, memutuskan tindakan menyerahkan surat peletakan jawatan tanpa tarikh kepada speaker adalah bercanggah dengan kepentingan awam dan dengan itu adalah tidak sah. "Dalam kes ini, saya pasti SPR telah dinasihatkan oleh pejabat Peguam Negara dan agensi berkaitan yang lain. Ini merupakan keputusan yang jelas di pihak SPR yang terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.