feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KUMPULAN ERDOGAN BUAT KEPUTUSAN DEMI NIZAR

JELINGAN AYU?SIAPA PUNYA NI.....MAHFUZ DAN HUSAM CUKUP SUKA JENIS JELINGAN CAM NI.JANGAN NAK BOHONG NOOO....AKU KENAI HANG

PAS sokong kosongkan kerusi Behrang dan Changkat Jering
Azamin Amin & Tarmizi Mohd Jam Tue Feb 03, 09 2:41:23 am MYT


IPOH, 3 Feb (Hrkh)- PAS menyokong apa jua keputusan yang diputuskan oleh Pakatan Rakyat termasuk mengosongkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), Behrang dan Changkat Jering berikutan tindakan kedua-dua ADUN yang dikatakan melompat parti. Perkara ini ditegaskan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa pada sidang media khas jam 12.00 tengah malam, yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, sejurus selesai Mesyuarat Bersama Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat bersama Dewan Harian PAS Perak, dekat sini, tengah malam tadi. (KESIAN NASARDDIN JADI PAK TURUT ERDOGAN.IKUTLAH NASA, YANG PENTING PANDAI-PANDAI LA KAU PASTIKAN PKR KALAH.PAS NAK KERUSI TU KOT, TAPI TAKUT ANWAR MARAH)


Kata beliau, PAS juga menyokong penuh tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang menyerahkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi dan Osman Jailu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi 2 Februari lalu. (SOKONGLAH..SOKONG BAWA REBAH.SOKONG HINDU LUCUT KUASA MELAYU)


Nasharuddin menjelaskan, mesyuarat bersama itu hanya membincangkan senario terkini berkaitan kedua ADUN KeADILan yang melompat parti dan pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering. Sementara itu, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin pada sidang media itu memberitahu, beliau telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu dan menjelaskan senario politik terkini. (SENARIO YANG DAH TAHU IAITU 3 ADUN DAH SOKONG NIZAR LETAK JAWATAN MB)


Tegasnya, Kerajaan Negeri Perak masih stabil dan berjalan seperti biasa. Sehingga kini, katanya, Pakatan Rakyat memiliki 30 kerusi dan ia makin stabil berikutan sokongan dan simpati rakyat tidak berbelah-bahagi atas musibah yang terjadi.( SAPA KATA SOKONGAN RAKYAT TAK BELAH BAGI.SOKONGAN CINA DAN INDIA HANYA PADA KAU.MELAYU DAH MELUAT) Kata Nizar, Umno telah mengambil kesempatan atas sejarah hitam "pertuduhan rasuah" kedua-dua ADUN berkenaan sebelum ini dan percubaan sekali lagi oleh Umno itu terbukti gagal. Ditanya adakah kedua-dua ADUN tersebut akan mengambil perintah injuksi mahkamah, beliau berkata, kemungkinan besar mereka akan berbuat demikian secepat mungkin.


Antara pemimpin utama PAS yang turut hadir pada sidang media itu termasuklah Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali; Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar dan Ahli Jawatan Kuasa Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS Pusat, Khalid Abdul Samad.( 4 ERDOGAN 1 PRO ULAMAK.KUMPULAN ERDOGAN PENGARUHI MESYUARAT.ANWAR NAK KEKALKAN KERUSI TU BAWAH PKR.TAPI PAS PUN MAHU.JADI KUMPULAN ERDOGAN CUBA BANTU ANWAR DAN MONOPOLI MESYUARAT BERKENAAN.PADA WAKTU TGH, ANWAR JUMPA NIZAR DI RUMAHNYA.MALAM NIZAR BUAT MESYUARAT.NAMPAK SANGAT NIZAR BAWA AGENDA ANWAR DLM MESYUARAT.) Mesyuarat tersebut dipengerusikan sendiri oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berikutan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Palestin.