FAIRUS BAKAL TELUNGKUP
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
DIPADANG PASIR, UNTA DIKORBANKAN.BILAKAH FAIRUS TKM 1 PULAU PINANG YANG PALING LEMAH DI DUNIA AKAN DIKORBANKAN OLEH GUAN ENG?DENGAR CERITA LEPAS HARI RAYA AIDIL ADHA INI.MUDAH-MUDAHAN SEMANGAT KORBAN INI AKAN MENGORBANKAN FAIRUS DARI JAWATANNYA.
Oleh Rahmah Ghazali ( Malaysiakini)
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin sekali lagi menjadi perhatian apabila setengah dozen pegawainya meletakkan jawatan – terakhir Isnin lalu – dengan alasan tidak sehaluan dan tidak boleh bekerjasama dengan wakil rakyat PKR itu.Keenam-enam mereka termasuk setiausaha sulit, setiausaha politik, pegawai akhbar dan pegawai khas memberikan alasan yang sama: "masalah sikap" pemimpin muda itu.Mohammad Fairus didakwa tidak cekap mentadbir, sering lambat menghadiri program dan mesyuarat dan juga membatalkan di saat akhir, tidak mempunyai hubungan baik dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat dan mempunyai etika kerja yang berbeza.Seorang bekas pegawainya, yang enggan dikenali, malah meminta beliau meletakkan jawatan segera sebelum melakukan banyak kesilapan dan menjejaskan nama baik pemimpin PKR dan Pakatan di negeri itu.Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohammad Fairus menangkis tuduhan-tuduhan terhadap beliau serta mendakwa tiada masalah dengan pasukan pentadbiran negeri.Wakil rakyat Penanti itu menyifatkan semua dakwaan itu bohong dan dibuat bertujuan merosakkan nama baik beliau kerana ada pihak cemburu terhadapnya.
BLOGGER LANCARKAN KEMPEN NYAHKAN FAIRUS DARI KERAJAAN NEGERI