feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

ALHAMDULILLAH.TAHNIAH !! MAWI-EKIN DARIPADA WARGA BLOG MYSRIMUARA

SEMOGA BERKEKALAN SEHINGGA KE ANAK CUCU

PESANAN BLOGGER " HAYATI PRINSIP BERUMAHTANGGA.JATU BANGUN ADALAH PUTARAN DUNIA.CUMA, JANGAN SAMPAI KECEWA"
SELEPAS segala ranjau dan duri diharungi, akhirnya impian bergelar suami-isteri terlaksana sudah. Bertempat di Masjid Abu Bakar, Johor Bahru semalam, Ekin sah menjadi isteri kepada Mawi, penyanyi yang mencipta satu fenomena luar biasa selepas menjuarai Akademi Fantasia Ketiga (AF3) tidak lama dulu. Mengenakan baju warna putih gading, wajah kedua- dua mempelai terpancar seri tatkala upacara akad nikah dilangsungkan. Walaupun kelihatan seperti gugup tetapi Mawi dapat melafazkan akad nikahnya dengan lancar. “Syukur Alhamdulillah, segalanya selesai,” ujar Mawi selepas sah selesai diijabkabulkan. Hari ini, hari pertama mereka bergelar suami-isteri tentu saja hari yang memberi satu suasana baru terhadap kehidupan mereka. Bukan mudah untuk mereka sampai di tahap ini iaitu perhubungan yang terjalin sehingga ia berakhir di jenjang pelamin. Cakaplah apa saja ujian, semuanya diharungi dengan tabah.
SUMBER ; UTUSAN ONLINE