feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

MARI MENTAFSIR SECARA RINGKAS KEJAYAAN MEREKA

SUMBER FORUMER TRANUNGKITE
Berfikirlah dengan penuh sedar bahawa jika Anwar Ibrahim atau sesiapa jua pemimpin dari Pakatan Rakyat selain PAS menjadi PM, pastinya impian PAS untuk menubuhkan "Kerajaan Islam PAS" tidak akan tercapai. Mana mungkin Anwar Ibrahim yang berkawan rapat dengan DAP akan menubuhkan "Negara Islam PAS"..Rasa pelik juga jika pemimpin2 PAS merestui Anwar Ibrahim menjadi PM..Adakah PAS yakin "negara Islam PAS" akan tertubuh jika Anwar Ibrahim menjadi PM atau Anwar Ibrahim sendiri akan dijadikan alasan oleh PAS mengapa "negara islam PAS" gagal ditubuhkan.

POLEMIK SEMPIT PAS (ANJING YANG TERSEPIT)-ROSLAN SMS

Bahawa PAS tidak boleh dipercayai kerana:

1) Isu Madam Low di PKNS adalah bukti PAS sebenarnya parti perkauman

2) PAS kononnya membantah cadangan PKR dan DAP untuk melantik Timbalan MB untuk negeri-negeri Perak dan Selangor dari kalangan wakil PKR dan DAP kononnya atas alasan kaum dan agama

3) PAS Kedah melarang artis wanita membuat persembahan di negeri itu berten- tangan dengan manifesto PAS

4) PAS pernah bersekongkol dengan Umno untuk menjatuhkan kerajaan PR

JANGAN PERCAYA PADA PAS KERANA :

PERTAMA: Jangan lagi letakkan calon-calon PAS di kawasan berbilang kaum seperti di Kota Raja. Jika letak juga maka kita akan rosakkan undi kita dan biarkan BN menang. Letak sahaja calon-calon PAS dikerusi yang 70 ke 80% pengundi Melayu dan biarkan mereka mencuba nasib mereka di sana. Biar PKR sahaja bertanding di kerusi-kerusi ini kerana nanti PAS akan mengugut kita yang mereka akan hanya sokong pembentukkan kerajaan jika sebuah negara Islam di bentuk dan hudud dilaksanakan.

KEDUA: Jangan berikan PAS terlalu banyak kerusi sehingga mereka mampu menjadi "king-maker" (sebagaimana yang dinyatakan oleh TG Hj Abd Hadi). Jika rakan-rakan dalam PR merelakan juga maka para pengundi wajar menolak sahaja calon-calon PAS sehingga mereka tidak sampai ke peringkat itu (king-maker).

KETIGA: Kini sebahagian besar masyarakat India secara membuta telah menyokong PAS dengan menjadi Ahli Kelab Penyokong PAS. Mengapa PAS tidak membenarkan orang-orang Cina dan India ini menjadi ahli-ahli PAS? Inilah bukti penipuan PAS.

ULASAN BLOGGER :PAS MEMANG PEMBOHONG DAN PARTI MUNAFIK.PENAKUT NAK LAKSANAKAN ISLAM.JADI ANJING TAMBATAN DAP DAN PKR.