JIHADKAH 3 SERANGKAI PENGEBOM BALI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Syahidkah dia?Menjadi wira di rumah sendiri atau penakutkah dia kerana tidak berani berjuang di gelanggang lawan.
Perarakan jenazah
Perarakan jenazah
SUMBER :UTUSAN ONLINE:
TENGGULUN, Indonesia 9 Nov. – Beratus-ratus penyokong yang begitu emosi atas kematian tiga pengebom Bali bertempur dengan pihak polis, sebaik-baik sahaja dua jenazah pengebom tersebut tiba di kampung halaman mereka, hari ini.Beratus-ratus polis yang lengkap bersenjata gagal mengawal hampir 500 orang ramai yang mengerumuni ambulans yang membawa jenazah Amrozi dan abangnya, Mukhlas.Para penyokong tersebut kemudiannya melepaskan geram sambil bersorak “Jihad!” dan “Berambus!” kepada pihak polis yang terpaksa meninggalkan tempat kejadian.Keadaan yang sama berlaku di pekan Serang di Barat Jawa apabila keranda yang bertutup dengan kain hitam yang bertulis ayat-ayat al-Quran membawa jenazah Imam Samudra diarak sepanjang jalan dari sebuah masjid menuju ke tanah perkuburan.
ULASAN :
Kenyataan Imam Samudra "Kalau korban itu warga Indonesia, dan Muslim, saya minta maaf. Tapi, kalau korban berasal dari negara-negara sekutu Amerika, maka saya senang.Jumlah angka korban di Bali seperti berikut: Australia= 88 Indonesia= 38 Inggeris: 23 Sweden=: 9 Amerika= 7 Jerman= 6 Belanda=4
Boleh dikatakan semua penyokong 3 serangkai pengebom berani mati Bali berarak membawa jenazah pejuang jihad mereka.Mereka mentafsirkan hukuman yang dikenakan ke atas pejuang ini sebagai syahid.Namun, kenyataan ini disangkal oleh As Syeikh Mufti Perlis di dalam berita Awani jam 7.15 (10/11/08) dengan menyatakan bahawa tindakan mereka melakukan pengeboman di Bali sebagai tindakan memalukan Islam dan mencemarkan konsep Islam itu sendiri.Beliau menyarankan agar orang Islam mengikut cara Yahudi iaitu walaupun sedikit, namun mereka mampu untuk menawan dunia dengan adanya kekuatan ekonomi.Persoalannya sekarang, apakah makam pemikiran ketiga-tiga pengebom berani mati ini?apakah mereka telah tahu konsep syahid atau mereka mempunyai dendam yang belum terlangsai?Jika benar mereka marahkan Amerika atau Yahudi, mengapakah mereka tidak bersama Hamas atau Fatah di Bumi Palestin?Keadaan dan persoalan yang terlalu banyak, menyebabkan polemik konsep syahid menjadi tanda tanya.Yang pentingnya sekarang, soal syahid dan pejuang Islam perlu ditafsirkan dengan jelas sebagaimana di zaman Rasululullah SAW.Jihad Nabi SAW mengukuhkan ekonomi akhirnya berjaya membawa kepada peristiwa pembukaan kota Mekah.