KEJUJURAN ISLAM DAN KETIDAKJUJURAN PARTI ISLAM
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
"DAHULU DAP DIKATA SEBAGAI KAFIR HARBI OLEH PAS DAN WAJIB DIPERANGI. DAP PENENTANG UTAMA HUKUM ALLAH.TAPI LA NI TAKPE UNDANG-UNDANG ISLAM DIHINA , ASALKAN KUASA DIPEROLEHI."
Islam telus dan jujur dalam menyuarakan hak rakyat dan hak penganutnya.Namun, sejak kebelakangan ini, Islam mula dilihat sebagai bahan dagangan kerana ia telah mula diletakkan sebagai nama sahaja oleh parti politik dan beberapa Ngos.Pabila disebut Islam, ia menunjukkan keharmonian.Maka landasan keharmonian ini telah dijadikan alat oleh PAS dan sekutunya untuk memperjuangkan mesej songsang mereka.Penampilan bergaya sunnah, tapi isi kandung sunnah dibuang dengan mudahnya.Mereka kononnya berjuang berhabis-habisan demi Islam, tetapi mereka menjadi munafiq tanpa ada halangan dan sifat malu.Mereka kononnya mahukan perundangan Islam, tapi akhirnya menjilat kaki DAP kerana DAP tidak mahukan perundangan Islam.Mereka menjadi seakan-akan haiwan yang dicucuk hidung dan boleh ditarik kemana jua tanpa ada sifat melawan. Dahulu Dewan Pemuda PAS berjuang menentang IFC dan menubuhkan BADAI. Tapi la ni diam kerana mereka tahu dibelakang IFC ada PKR, DAP dan beberapa orang pemimpin kanan mereka.Inilah prinsip perjuangan PAS yang hanya menjadikan Islam sebagai alat perjudian kuasa politik.Jika ini berleluasa, maka blogger amat-amat yakin, Islam di Malaysia akan dihina dan tidak lagi dihormati.Inilah jasa dan kejayaan PAS sejak ia ditubuhkan iaitu melatih manusia Islam menjadi munafiq.