feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

HALAL HUB LANGKAH MALIK KASSIM YANG 100% AMBIL IDEA PAK LAH

HALAL HUB IDEA PAK LAH YANG TELAH DILONJAKKAN PEMBANGKANG
TAHNIAH PAK LAH....IDEAMU MENGATASI IDEA ANWAR AL JUBURI

PULAU PINANG, Dua syarikat tempatan yang mengeluarkan produk perubatan halal, menjadi syarikat pertama yang akan beroperasi di Taman Perindustrian Halal Pulau Pinang tahun depan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata Halagel (M) Sdn Bhd, pengeluar gelatin halal untuk farmasi dan GranuLab (M) Sdn Bhd, pengeluar bahan tulang sintetik bersetuju mendirikan kilang masing-masing di taman yang terletak di Bukit Minyak, Seberang Perai itu.Beliau berkata pada masa ini Halagel dan GanuLab sedang membuat persiapan untuk membuka operasi mereka di kawasan itu, yang terletak bersebelahan Taman Sains dan urusan membina bangunan kilang masing-masing dijangka bermula dua atau tiga bulan lagi.
Ketika bercakap pada persidangan akhbar di pejabatnya di sini, Lim berkata Halagel akan melabur lebih RM130 juta manakala GranuLab pula kira-kira RM100 juta di Taman Perindustrian Halal itu."Ia merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk menjayakan penubuhan Halal Hub Antarabangsa Pulau Pinang dan fasa pertama Taman Perindustrian Halal melibatkan kawasan seluas 52.4," katanya.Lim berkata Granulab juga akan terlibat secara langsung dalam penubuhan pusat inkubator bagi menggalakkan pertumbuhan perniagaan dan perkembangan teknologi di taman berkenaan dan ia dijangka mampu menarik pelaburan daripada pelbagai syarikat multinasional.Katanya penubuhan pusat inkubator itu, yang meliputi kawasan seluas 0.8 hektar, dijangka dapat membantu kira-kira 20 syarikat lain untuk memulakan operasi di kawasan itu kelak."Yang penting ialah kedua-dua Halagel dan GranuLab mampu menjana peluang pekerjaan kepada 500 orang dan GranuLab memberi tumpuan terhadap tenaga pekerja yang berasaskan ilmu pengetahuan," katanya.
Beliau berkata Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim juga giat menarik pelaburan daripada Timur Tengah untuk melabur di Taman Perindustrian Halal itu dan beliau akan menghadiri Pameran Halal Dunia di Abu Dhabi minggu depan.
ULASAN : APAPUN BLOGGER NAK PANJANGKAN TAHNIAH KERANA IDEA PAK LAH BANYAK DI AMBIL OLEH PEMIMPIN PR.AKHIRNYA MEREKA AKUR BAHAWA MEREKA TIADA IDEA DAN TKM 1 PUN SEORANG YANG PEMALAS.MALIK KASSIM BERUSAHA MENYAKINI BOSNYA GUAN ENG AGAR MEMECAT FAIRUZ DAN MENGGANTIKAN FAIRUZ DENGAN DIRI BELIAU.SEJAK KEBELAKANGAN INI MALIK LEBIH HEBAT BERMAIN POLITIK AGAR FAIRUZ DI PECAT.MALIK LEBIH BEKERJA DARIPADA FAIRUZ.TIADA IDEA BARU DARIPADA FAIRUS MELAINKAN NAK MAJUKAN PENANTI DENGAN INDUSTRI HALAL HUB JUGA.BLOGGER MELIHAT, PEMBANGUNAN NEGERI AKHIRNYA TERTUMPU KEPADA BIDANG HALAL HUB YANG MENJADI NADI KEJAYAAN IDEA PAK LAH.MANA IDEA LIM KIT SIANG DAN ANWAR YANG KERAJAAN NEGERI AMBIL?LU FIKIR LA SENDIRI.