feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

SUARA MCA, GERAKAN DAN DAP=TETAP CINA

PIC 1 : ONG KA TING :SUARA SEJAGAT MCA
PIC 2 : ONG TEE KIAT : REFORMASI DALAM MCA
RENUNG SEJENAK RESOLUSI MCA
1. Perhimpunan Agung menyokong penuh usaha-usaha pembaharuan MCA menerusi empat nilai utama Parti iaitu prinsip demokrasi, hak rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, berjiwa rakyat dan Aspirasi Nasional dan bergerak ke arah “Semangat Mentadbir Bersama Rakyat, Berkongsi Sumber Antara Kaum” dan pada masa yang sama, menggesa ahli-ahli parti terus bersatu dan mempertahankan semangat berpasukan untuk berkhidmat kepada rakyat.(APAKAH SELAMA INI PERJUANGAN MCA MELUPAKAN RAKYAT?.AKHIRNYA ORANG CINA MENOLAK MCA DAN MENERIMA DAP.MCA LUPAKAN RAKYAT AKARAN DAN MEREKA MENGAKUINYA DALAM RESOLUSI.)
2.Perhimpunan Agung menyaran kerajaan untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta mewujudkan satu sistem yang berkesan bagi memantau penggunaan ISA selain menjamin bahawa akta berkenaan hanya digunakan dalam kes-kes membabitkan pengganas dan elemen subversif.( MUJURLAH PINDA SAHAJA DAN TIDAK HAPUSKAN.MENGAPA SEKARANG BERSUARA?TIDAK DI ZAMAN TUN M.)
3.Selaras dengan amalan “good governance”, Perhimpunan Agung menggesa kerajaan merombak semua mekanisme yang diguna dalam Pemberian Permit AP, subsidi dan kawalan harga sebagai langkah mencegah penyalahgunaan serta menjamin sumber-sumber disalurkan secara teratur kepada golongan berpendapatan rendah ( DENGAN BAHASA LAIN, HAPUSKAN SAHAJA ARTIKEL YANG BERKAITAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU)
4.Perhimpunan Agung menggesa kerajaan untuk membina sekolah-sekolah pelbagai aliran termasuk menginstitusikan pembangunan SJK (C) sejajar dengan keperluan komuniti tempatan, serta menghapuskan perbezaan dari segi layanan antara sekolah bantuan penuh dan sekolah bantuan modal.(DALAM KEADAAN TANPA BANTUAN PUN SEKOLAH CINA LEBIH BERDAYA MAYU DALAM PEMBANGUNAN INFRASTRUKTURNYA.SEKOLAH CINA BANYAK DUIT)
5.Perhimpunan Agung menyeru kerajaan untuk melantik lebih banyak calon bukan bumiputera yang berkaliber dan berpengalaman untuk menjadi Naib Canselor di Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) supaya nilai majmuk dapat diterapkan serta prestasi universiti dapat ditingkatkan secara keseluruhan.(BERAPA BANYAK YANG NAK?JIK DAP CUMA NAK TNC, MCA LAGI HEBAT MAHUKAN NC.)APAKAH MCA NAK NAMPAKKAN MEREKA LEBIH BERJUANG UNTUK CINA?)

6.Perhimpunan Agung mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak kebebasan beragama rakyat, dan menegaskan undang-undang Syariah tidak boleh digunapakai ke atas masyarakat bukan Islam.(APAKAH MCA NAMPAK UMNO LEBIH BERJUANG UNTUK TEGAKKAN ISLAM DARIPADA PAS SEKARANG?MEMANG JELAS UMNO ADALAH PEJUANG SEJATI ISLAM.MCA RISAU UMNO AKAN TEGAKKAN PERUNDANGAN ISLAM BERBANDING PAS.) Apabila seorang suami atau isteri memeluk agama Islam, hak-hak suami atau isteri yang tidak memeluk agama Islam mestilah dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan di mana perceraian, pengagihan aset perkahwinan, hak jagaan dan agama anak-anak mestilah diputus berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang perkahwinan sivil sebagai asasnya. Kes-kes pertikaian sedemikian harus diselesaikan di bawah mahkamah sivil. (MCA MAHUKAN PERUNDANGAN SIVIL MENGATASI PERUNDANGAN SYARIAH.DENGAN KATA LAIN PERKARA 121 (1a) DIHAPUSKAN,)


Perhimpunan Agung menggesa semua kerajaan negeri melaksanakan Garis Panduan Pembinaan Tempat Ibadat Bukan Islam seperti yang diterimapakai oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan bagi menjamin semua agama dapat berkembang dengan bebas tanpa halangan dari mana-mana pihak. (APAKAH SEKARANG TIDAK BEBAS ?DENGAN JUMLAH PENGANUT YANG SIKIT TETAPI RUMAH IBADAT AGAMA LAIN MELEBIHI RUMAH IBADAT ISLAM.APAKAH INI ZALIM BAGI MCA ?)
YANG UTAMANYA MEREKA TETAP BERSUARA SEPERTI DAP.!!!!!!!!!!!!