AHLI PARLIMEN PAS CAKAP SEPERTI MELUDAH KE LANGIT
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Sesi Soalan Jawab Lisan
Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Saya ingin penjelasan apakah pihak kementerian membuat pemantauan juga kepada perlanggaran-perlanggaran syariat bukan sahaja di sudut SMS tetapi kita lihat banyak dari sudut pentadbiran, dari sudut sistem ekonomi dan juga termasuk dari segi hiburan dalam negara kita yang banyak sangat bercanggah dengan hukum Islam itu sendiri.
Sejauh mana pemantauan yang dibuat dan berapa ramaikah pegawai yang terlibat dalam pemantauan ini. Terima kasih.
Sejauh mana pemantauan yang dibuat dan berapa ramaikah pegawai yang terlibat dalam pemantauan ini. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, walaupun soalan itu terkeluar langsung dari soalan asal tetapi pertanggungjawaban agama bukan hanya diletakkan di bawah Kerajaan Persekutuan. Ia adalah di bawah kerajaan negeri, di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu termasuk negeri Kelantan juga. Rujuklah kepada Al-Sultan mengenai perkara itu
PERSOALAN :Untuk Puan Hajah kenapa tidak tanya YB Nizar tentang hukum meluluskan pusat arak, judi dan disco di Perak.Maksiat di Perak Berleluasa.Mengapa tak guna pendekatan Islam?Mengapa luluskan?Inilah pemimpin cakap macam orang gila.pembohong.Tang PAS ok plak maksiat!!!!