PEMIMPIN PAS TAMKAN KUASA
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
Kesediaan Dato Dr. Hasan Ali untuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden dilihat sebagai satu strategi bagi menyingkirkan Dato Kamarudin Jaafar yang dilihat Pro-Anwar Ibrahim. Rata-rata pimpinan melihatkan kerusi Setiausaha Agung sangat besar dalam hieraki parti berbanding Naib Presiden yang bersifat statik.Lantaran itu Dato Dr Hasan Ali sanggup berucap dalam ucapan penggulanganya semasa muktamar baru-baru ini dengan menekankan keperluan tentang konsep Syura: yakni sistem lantikan, supaya dia disyurakan untuk menjadi Setiausaha Agung yang baru.
Rata-rata perwakilan melihat ucapan Dato Dr Hasan Ali berkenaan sistem syura untuk menjawat jawatan tertinggi satu perkara yang sangat memalukan PAS, seolah-olah beliau ingin memimpin PAS dalam keadaan mengundur. Adakah beliau mengatakan pemilihan yang dijalankan oleh PAS selama ini tidak syarie dan islamik. Konsep Syura ini telah lama difahami oleh ahli PAS dan juga oleh para pimpinan tertinggi PAS. Sepatutnya Dato Dr Hasan Ali sebagai seorang profesional tidak terperangkap dengan terma-terma lama berorganisasi. Dan tidak timbul sama sekali kita meniru barat dalam konsep sekarang. Konsep Syura yang berasaskan majoriti demokrasi saudah lama dipraktikkan sejak zaman Islam dulu lagi.
Kenyataan beliau yang mengatakan lantikan pimpinan perlulah berdasarkan merit yang bersandarkan kepada demonstrasi dan ditahan polis adalah satu pandangan yang sangat dangkal dan primitif. Jika itulah sandaran utama untuk menjadi kepimpinan, maka Dato Dr Hasan Ali lah orang pertama yang tidak layak sebagai pemimpin. Maka YAB Mursyidul Am tidak layak, Timbalan Mursyidul Am tidak layak, hatta YB Presiden PAS jugak tidak layak dengan merit yang sekecil zarah tadi.
ULASAN :
Bayangkanlah, belum lagi memerintah negara, PAS sudah berebut kuasa. Baru setahun jagung dalam PAS, hasan Ali inginkan kuasa mutlak. Jika mereka dapat menawan negara, percayalah, segala hasil mahsul negara di rompak oleh mereka sebagaimana yang berlaku pada Terengganu sepenggal yang lalu.