PAS RETAK MENANTI BELAH MEREBUT JAWATAN MB KELANTAN
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
LUAHAN SUMBER : KELAB MAYA PENYOKONG UMNO
Sebenarnya, krisis kepimpinan yang dihadapi mereka itu bukanlah perkara baru tetapi ia semakin meruncing dan berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemerosotan kerusi yang pernah di menangi Pas dalam pilihan raya umum lalu hinggakan mereka hampir berputih mata di negeri itu juga dikatakan berpunca daripada kurangnya pemimpin berkalibar dikalangan mereka.Husam Musa yang menjadi orang harapan Nik Aziz untuk menggantikan beliau sebagai Menteri Besar setelah beliau bersara telah mendapat saingan yang tidak kurang hebatnya daripada Takiyuddin Hassan.Ini bukan rahsia lagi, apabila Takiyuddin dilihat sentiasa berusaha untuk menonjolkan dirinya dengan pelbagai cara termasuklah sanggup memperuntukan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk menerbitkan akhbarnya sendiri.Akhbar yang diberikan nama Wasilah itu secara terang-terang bersifat peribadi. Disamping menyebarkan aktiviti Pas negeri, ia juga diterbitkan dengan tujuan untuk kepentingan politik individu pemimpin tersebut.Husam Musa yang dikatakan menjadi anak emas Nik Aziz juga tidak terkecuali mengatur strategi politiknya. Selain berjaya menguasai penyokong setia Nik Aziz, dia juga dilihat sering menggunakan pentas Menteri Besar dalam usaha untuk mempopularkan dirinya.Melihatkan situasi yang semakin berkecamuk ini, menyebabkan Nik Aziz yang sebelum ini pernah membuat beberapa kenyataan akhbar secara berkias tentang hasrat persaraanya itu, terutamanya menerusi Harakah dan beberapa akhbar pro pembangkang, kini terpaksa menangguhkan dahulu hasrat tersebut. Ini kerana, beliau sedar jika dia terus berkeras dengan agendanya sebelum ini dan jika tidak dibendung budaya mengangkat diri dikalangan kedua pemimpinnya itu, tidak mustahil perpecahan akan berlaku dalam sistem pentadbiran Pas negeri itu.Jika ini berlaku, maka adalah menjadi satu kerugian besar kepada Pas Kelantan kerana kedua-dua pemimpin itu sahaja yang dikatakan mempunyai potensi sebagai pemimpin tertinggi Pas negeri itu.Manakala tokoh-tokoh lain pula dilihat kurang kreabiliti dan kemampuan untuk mengambil alih tampuk pucuk pimpinan Pas negeri dan seterusnya untuk menduduki kerusi Menteri Besar itu.Sebenarnya, krisis dalam Pas Kelantan itu bukanlah perkara baru. Malah ia sudah berlarutan untuk sekian lamanya. Kalau tidak masakan satu ketika dulu pernah digembar-gemburkan kononnya wujud watak Tiga Abdul dalam pentadbiran Nik Aziz
KESIMPULAN
Husam Musa menang bukan kerana bakat tetapi kerana PAS. Orang Kelantan sendiri nampak Husam ini seorang yang lemah dan dungu dan tak faham soal pentadbiran. Husam berjaya mengenepikan pengaruh ustaz Halim, pemimpin PAS yang agak moden. Husam berangan-angankan kerusi MB kerana beliau ingin menjadi MB dalam usia yang muda. Juak-juak Husam bukan main lantang dan kuat menyusun strategi berkempen untuk naikan Husam. Inilah realiti kuasa dalam PAS yang menjadi Islam sebagai alat permainan.