feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

PAS LELONG AGAMA ISLAM

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM ATAU MEMBANGUN DENGAN PAS YANG JUALKAN ISLAM


Para pemimpin pembangkang terutama dari Pas yang kononnya sebuah parti yang memperjuangkan Islam nampaknya tidak mengendahkan kehadiran bulan suci Islam, Ramadhan al Mubarak dengan terus menerus memutarbelitkan pelbagai isu semasa tanahair terutama isu rusuhan di Pantai Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Dengan membuat pelbagai tuduhan yang sebahagiannya langsung tidak berasas dan masuk akal, nampaknya seolah-olah mereka sendiri tertekan dengan tindakan terdesak sebahagian penyokong mereka beberapa hari sebelum Ramadhan bermula.
Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, pemimpin Pas boleh mudah menuduh bahawa pemimpin UMNO Terengganu yang mencetuskan insiden rusuhan yang memalukan tersebut. Kononnya ia adalah perancangan rapi dari UMNO Terengganu dengan bantuan pihak polis. Sehingga hari ini belum ada lagi bukti kukuh dikemukakan kepada media massa dan orang ramai oleh Pas untuk membuktikan dakwaan mereka. Apa yang mereka ungkapkan dalam sidang akhbar dan ceramah-ceramah mereka tidak lebih hanya berasaskan teori, andaian dan sangkaan semata-mata. Lebih teruk yang membuat tuduhan yang kebanyakannya hanya berasaskan andaian dan teori itu adalah dari kalangan lulusan agama yang diangkat sebagai ulama oleh pihak parti mereka.
Dalam bulan yang mulia, sepatutnya pemimpin-pemimpin Pas menyedarkan diri sendiri selain menyedarkan orang lain dengan perintah dari Allah Taala dalam al Quran yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa!” [Surah al Hujurat: 12]
Membuat tuduhan hanya dengan teori dan sangkaan tanpa bukti yang jelas dan kemudiannya menyebarkannya dalam ceramah dan tulisan adalah suatu perbuatan keji dan mungkar. kepada mereka kita ingin nasihatkan supaya hormati dan hayatilah kesucian Ramadhan yang penuh keberkatan ini.