feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

KENYATAAN PAK LAH JELAS DALAM ISU PENGGABUNGAN PARTI


Tidak perlulah (bergabung), saya belum nampak kebaikan atau praktikalnya untuk bergabung pada masa ini. Kaedah dan muafakat yang digunakan dalam BN sekarang adalah lebih baik dan biarlah kita teruskan.” Demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terhadap cadangan supaya 14 parti komponen Barisan Nasional (BN) bergabung menjadi satu parti oleh Pemuda Gerakan. Beliau menganggap cadangan tersebut tidak praktikal kerana ia boleh melemahkan BN yang sudah menerajui tampuk pemerintahan negara sejak sekian lama.
Tambahan pula beliau berkata, penggabungan parti kompnen BN yang selama ini berlandaskan kepada permuafakatan jika dibuat dikhuatiri boleh mewujudkan kelompok-kelompok kaum yang lebih besar sehingga membangkitkan semangat berpuak-puak yang akhirnya boleh memecahbelahkan perpaduan dalam BN. “Kalau kita nak buat (penggabungan), nanti ada pula yang berpuak-puak, contohnya puak Melayu, puak Cina dan puak India masing-masing hendak memenangkan calon mereka. Ini sebenarnya tidak baik untuk BN,” katanya pada sidang media di Kepala Batas, hari Ahad.