feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Pelajar IPT mendapat Keuntungan


Elaun sara hidup pelajar IPT naik hingga 84 peratus
Sumber : Utusan On line 8 September 2007


KUALA LUMPUR 7 Sept. – Lebih 90,000 pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa bakal menerima kenaikan elaun sara hidup di antara 23 hingga 84 peratus, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata, kadar baru itu berkuat kuasa mulai semester pertama sesi tahun ini kerana kerajaan sedar kos sara hidup pelajar telah meningkat.

‘‘Oleh yang demikian, kerajaan meningkatkan elaun sara hidup pelajar di semua peringkat pengajian tinggi tempatan, termasuk kursus persediaan dan kursus bahasa,’’ katanya membentangkan Bajet 2008 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, selain itu kerajaan juga meningkatkan elaun sara hidup pelajar tajaannya di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada hampir dua kali ganda sehingga 97 peratus, berkuat kuasa bulan ini.Katanya, tahun lalu kerajaan telah menaikkan elaun sara hidup bagi pelajar di Australia, New Zealand, Mesir dan Korea Selatan.Beliau menambah, terdapat seramai 17,000 pelajar luar negara ditaja oleh kerajaan buat masa ini.

Bagi mengatasi kekurangan pelajar dalam beberapa bidang khusus pula, Abdullah berkata, jumlah pelajar ijazah pertama tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan akan ditingkatkan daripada 5,000 kepada 10,000 orang setahun mulai 2008.Katanya, pada masa ini, lebih 90,000 pelajar IPT tempatan ditaja oleh JPA dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).


Pesan Mutiara Melayu, pelajar IPTA perlu insaf dan jangan mudah terpengaruh dengan budaya pembangkang kampus. Ingatlah! yang memberi suapan nasi kepada anda bukannya PAS , tapi kerajaan yang telah ditakdirkan memerintah Malaysia dalam keadaan bahagia.