feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

Bonus Mungkin Diberi Kepada Kakitangan Awam.


Bonus umum kemudian jika ada
Sumber : Utusan Online 8 September 2007


KUALA LUMPUR 7 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembayaran bonus kepada lebih sejuta kakitangan awam tidak semestinya diumumkan semasa pembentangan bajet.Menurut beliau, jika kerajaan mendapati masih terdapat keperluan untuk mengumumkan perkara-perkara lain termasuk bonus, ia boleh dilakukan pada waktu lain.
‘‘Bajet yang diumumkan pada hari ini tidak terhenti setakat ini dan jika masih ada apa-apa yang difikirkan patut, kerajaan akan membuat pertimbangan dan pengumuman pada waktu lain,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2008 di bangunan Parlimen, hari ini.
Beliau ditanya mengenai ketiadaan pengumuman bonus untuk kakitangan kerajaan dalam bajet kali ini.


Ditanya sama ada masih ada harapan untuk kakitangan awam mendapat bonus, beliau berkata: ‘‘Tunggulah.”Dalam hal ini, Najib berharap semua kakitangan awam sedar bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan kira-kira RM8 bilion setahun sebagai tambahan perbelanjaan ekoran kenaikan gaji yang baru dinikmati mereka mulai Julai lalu.
Beliau berkata, kerajaan berhasrat menurunkan kadar defisit negara daripada 3.2 peratus kepada 3.1 peratus tahun depan.‘‘Diharap melalui pencapaian ini penarafan (bon- bon) yang diberikan kepada negara kita akan bertambah baik,” ujarnya.


Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman berkata kongres itu akan menulis surat kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan pemberian bonus ataupun sebagai gantinya honorarium RM2,000 kepada setiap kakitangan kerajaan tanpa mengira gred.

“Memang kita tidak menekan kerajaan dalam soal bonus ini... tetapi kita berharap sangat kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian honorarium sebagai menghargai sumbangan kakitangan kerajaan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara,” katanya.


Mutiara Melayu berharap agar kerajaan dapat mempertimbangkan pemberian bonus sebagai ihsan kepada kakitangan awam. Walaubagaimanapun, Mutiara Melayu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah kerana memberi hadiah penyelarasan gaji dan Pendidikan Percuma di dalam Bajet 2008. Teruskan usahamu Pak Lah!!