feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

BERCANGGAH MANIFESTO :RETAK MENANTI BELAH BA


BACA KENYATAAN LIM GUAN ENG :
"SAYA TIDAK TAHU APA DIA NEGARA KEBAJIKAN PAS, SEBALIKNYA CADANGAN DAP INI MERUPAKAN SERAMPANG 2 MATA"

PAS HALALKAN MENGUMPAT :LAGI FATWA KARUT


Di antara salah satu ajaran Islam kepada penganutnya dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat ialah menjaga lidah daripada menyakiti orang lain terutama terhadap saudara sesama Islam. Bahaya lidah yang tidak bertanggungjawab boleh menggugat keharmonian hidup bernegara, bermasyarakat dan berkeluarga. Berapa banyak penganiayaan, kezaliman, keruntuhan rumahtangga dan permusuhan dan akhirnya pembunuhan berlaku hanya disebabkan oleh lidah?
Maka tidak hairanlah, di dalam agama Islam, seorang yang tidak menjaga lidahnya iaitu berkata-kata tanpa memikirkan akibat buruk dari kata-katanya boleh menjerumuskannya masuk ke neraka seperti kata-kata yang membawa kufur. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawasanya dia mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya adakalanya seorang hamba (Allah) yang bercakap satu ucapan yang menyebabkan dia terjerumus ke dalam api neraka yang dalamnya lebih jauh dari jarak di antara timur dan barat."
(Hadits riwayat Muslim)

Oleh kerana itu, syara‘ menegaskan bahawa berita-berita yang dibawa oleh lidah-lidah yang fasik, hendaklah dipastikan dahulu kesahihan dan kebenarannya, kerana mempercayai berita-berita yang tidak dipastikan kesahihannya itu boleh mengakibatkan kezaliman dan penyesalan.
Firman Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 6 yang Tafsirnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Memang tidak dapat dinafikan bahawa untuk memelihara lidah dari mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah dan yang dilarang oleh syara‘ adalah suatu perkara yang bukan mudah. Kadang-kadang secara tidak langsung dan tanpa disedari dalam percakapan seharian kita, terkandung kata-kata yang dilarang oleh syara‘. Oleh kerana itu sebagai jalan selamat, syara‘ sejak dari mula lagi menganjurkan kepada kita agar tidak terlalu banyak bercakap kecuali percakapan yang jelas ada manfaatnya. Bahkan apabila berdiam diri itu sama saja manfaatnya dengan manfaat menuturkan percakapan, maka dalam kedudukan begini, adalah disunatkan bagi seseorang itu untuk diam sahaja. Sebab kadang-kadang apabila percakapan yang harus itu tidak dapat dikawal, ia boleh membawa kepada yang haram dan dilarang oleh syara‘.
Pada kebiasaannya kata-kata yang haram itu bermula dengan cara yang sedemikian. Maka justeru itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhialallahu ‘anhu yang maksudnya:
"Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia (bila berkata-kata) berkata yang baik atau diam sahaja."
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Kesimpulannya,Ghibah adalah haram dengan ittifaq para fuqaha, bahkan setengah ahli tafsir dan fuqaha berpendapat ia termasuk di antara dosa-dosa besar berdasarkan
firman Allah Ta‘ala dalam surah Al-Hujurat ayat 12 yang tafsirnya :
"Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan- larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."

JIKA PAS MEMERINTAH, WARTAWAN AKAN DIBELASAH

KEJAM DAN BIADAPNYA PAS.INILAH DIDIKAN ISLAM DALAM PAS

NIK AZIZ ANGGAP WARTAWAN MUSUHNYA

ZAMAN PAK LAH SUBSIDI MINYAK DIGANDAKAN

BERSYUKURLAH KITA..........
ANWAR SENDIRI MEMBERI BEZATARA SUBSIDI YANG AMAT RENDAH BERBANDING PAK LAH.KEMANAKAH WANG SUBSIDI DI ZAMAN ANWAR?BUKANKAH KEPADA KRONI?

PAS SENDIRI MENGAKU GAGAL WUJUDKAN NEGERI KEBAJIKAN DI KELANTAN

DI KELANTAN PUN MEREKA GAGAL.BAGAIMANA INGIN MEMERINTAH NEGARA DAN WUJUDKAN NEGARA KEBAJIKAN.

SELAMA INI ANWAR BERBOHONG PASAL MINYAK

INILAH PUNCA HARGA MINYAK DUNIA MENINGKAT.BUKAN SEPERTI YANG DIPERKATAKAN OLEH ANWAR BAHAWA MINYAK DUNIA NAIK DISEBABKAN AGIHAN HARTA RAKYAT KEPADA KRONI PAK LAH
BUKAN MAIN BERLAGAK LAGI ANWAR MENYATAKAN BAHAWA SEWAKTU DIA MENJADI MENTERI KEWANGAN HARGA MINYAK HANYA RM 1.10. MANA TIDAKNYA, LIHATLAH HARGA SETONG MINYAK PADA TAHUN 1990 DAN 2000.JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HARGA SEKARANG IA MENGHAMPIRI 3 KALI GANDA LEBIH KENAIKAN.MUJURLAH ADA SUBSIDI KERAJAAN.

SUBSIDI MINYAK : MENJAWAB FITNAH PEMBANGKANG

DEMI SATU KEBENARAN

BENAR,TEPAT DAN SAHIH:PAS GEMPUR KUATERS GURU KEPALA BATAS

APAKAH PENGHUNI KUATERS GURU DI SINI MERUPAKAN PEJUANG PAS, ATAU PAS SENDIRI SEPERTI MELUDAH KELANGIT....
SIASATAN PERLU DILAKUKAN DEMI MENJAGA NAMA BAIK DAN MARUAH SEMUA GURU YANG MENGHUNI DIKUATERS BERKENAAN.

INILAH TINDAKAN BIADAP YANG DIBUAT OLEH PENYOKONG PAS APABILA MENJADIKAN BANGUNAN KERAJAAN SEBAGAI TEMPAT BERKEMPEN.

PERSOALANNYA :
1. APAKAH TINDAKAN JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG?MENONGKAT DAGU KE LANGIT....

KUATERS GURU KEPALA BATAS DI SERANG PAS

Allah Maha Berkuasa .Akhirnya PAS dahulu yang menggunakan bangunan kerajaan sebagai tempat berkempen.Tetapi Pemuda UMNO Kepala Batas bijak dan tidak samseng seperti PAS yang mahu menggunakan pendekatan ' citizen arrest' sekiranya UMNO menggunakan bangunan kerajaan ketika berkempen.

"Jika kami terjumpa dengannya, kami akan membuat laporan polis. Jika polis tidak bertindak dalam masa dua hari, kami akan bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia termasuk menggunakan pendekatan citizen arrest" - MOHD SABU


PAS KAWASAN KEPALA BATAS MULA MERACUNI PEMIKIRAN GURU.MEREKA SENDIRI MENGGUNAKAN BANGUNAN KERAJAAN SEBAGAI MEDAN PERTEMPURAN SIMBOL POLITIK

ANWAR YANG TIDAK DIPERCAYAI SAHABAT SENDIRI

PENASIHAT ANWAR RAMAI DIKALANGAN CINA DAN INDIA YANG TIDAK SUKAKAN ISLAM
SUMBER : KLPOST

Kenyataan Nalakaruppan :

Menurutnya dalam beberapa ceramah, Anwar menyamakan dirinya dengan hero dalam filem Tamil ''Sivaji The Boss'' yang menjadi penyelamat kepada masyarakat.
"Sepanjang saya mengenali Anwar, saya tahu banyak yang salah. Dia tidak boleh jadi Perdana Menteri di negara ini malah dia nak bermimpi pun tidak boleh" katanya.
Katanya jika Anwar menjadi Perdana Menteri sekalipun, beliau pastinya tidak akan menjaga kepentingan rakyat tetapi lebih memikirkan tentang kepentingan peribadi
.

OH SEDAPNYAA......

"SAYANG ABANG NUAR...MUAHHHHH".PERHATIKAN MATA ANUAR BOLEH STIM GILAAAAA.INILAH PEMIMPIN PKR.KALU MACAM NI LEBIH BAIK LARI.SILAP-SILAP HILANG MARUAH KELELAKIAN.

HJ HADI GAGAL BEZAKAN RUKUN ISLAM DENGAN PRINSIP ISLAM HADHARI

HJ HADI, UMUR YANG KIAN SENJA DAN SEMAKIN LUPA
Sumber : Harakahdaily

"Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Namanya yang bermaksud Islam Bertamadun menggambarkan seolah-olah ia adalah Islam yang baharu yang lebih bertamadun daripada Islam al-Quran yang asal. Ia tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal," kata Ustaz Abdul Hadi dalam satu kenyataannya semalam.

Realitinya, Hj Hadi benar-benar tidak semakin cerdik. Seorang yang beragama tapi masih tak faham konsep rukun Islam. Dah tentulah Rukun Islam ada 5 perkara dan Islam Hadhari ada 10 prinsip. Rukun dan prinsip mana nak sama. Ianya samalah juga dengan Hadarah Islamiyyah yang tidak sama dengan Rukun Islam.Inilah bukti pemimpin PAS yang lemah dan semakin memakan diri.

YANG LEBIH TEPAT TENTANG ANWAR

KITA SENDIRI TAHU MEMBEZAKAN

PAK LAH PEMIMPIN YANG BERSERAH PADA KETENTUAN ILLAHI
ANWAR IBRAHIM PEMIMPIN YANG TERLALU BANYAK BERBOHONG DAN SUKA MENARI DARI DAHULU SAMPAI SEKARANG (PILIHANRAYA IJOK DAN LAGU OH AJIJAH)
PEMIMPIN MANAKAH YANG KITA MAHU. YANG BERTERUS TERANG ATAU PENUH DENGAN MUSLIHAT SEPERTI ANWAR?

JANGAN KITA LUPA KARPAL SINGH (DAP)MENGHINA YANG DIPERTUAN AGONG

BEGITU MUDAH KARPAL MENGHINA RAJA-RAJA MELAYU
KARPAL SINGH INSAN YANG TIDAK TAHU MALU TINGGAL DI MALAYSIA
SUMBER : ARKIB BERNAMA
KUALA LUMPUR: Anggota parlimen DAP Bukit Gelugor Karpal Singh menimbulkan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini apabila beliau mempertikaikan titah perasmian persidangan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 19 Mac lalu.Beliau berkata Seri Paduka langsung tidak menyentuh usaha kerajaan memerangi rasuah di dalam titahnya.Datuk Mohamed Alwi Che Ahmad (BN-Ketereh) yang tidak berpuas hati bangun dan meminta pengerusi DAP itu meneliti terlebih dahulu ucapan Seri Paduka sebelum membuat sebarang tuduhan."Yang Berhormat (Karpal) jangan membuat tuduhan yang tidak berasas, Bukit Gelugor (Karpal) tidak membaca sepenuhnya titah ucapan baginda. Cuba Bukit Gelugor lihat muka surat 12, para ke-40 yang mana Seri Paduka bertitah dan ia berbunyi usaha mamanda Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu disokong oleh semua anggota perkhidmatan awam dan semua lapisan masyarakat."Mohamed Alwi berkata menghapuskan rasuah dan penyelewengan bukanlah mudah, ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk menolak daripada memberi atau menerima rasuah.Beliau meminta Karpal Sing menarik balik kenyataan yang dianggap tidak menghormati Seri Paduka sebagai ketua negara.Karpal Singh bagaimanapun mempertahankan kenyataannya dengan berkata apa yang dititahkan oleh Seri Paduka itu bukan merupakan pandangan peribadi, sebaliknya ia dibuat oleh kerajaan."Tuanku Mizan tidak memberi pandangan peribadi mengenai soal banteras rasuah, semua orang kena faham bahawa Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat eksekutif," katanya.Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata Karpal Singh tidak memahami perlembagaan negara di mana Seri Paduka sebagai ketua negara, perlu dihormati dan tidak seharusnya dilemparkan dengan tuduhan tidak berasas."Seri Paduka adalah payung negara, Yang Berhormat tidak menghormati Tuanku Mizan, saya berharap anda tarik balik kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.Keadaan bertambah panas apabila Karpal Singh berkeras dan ia diredakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Yusof Yaacob yang meminta Karpal Singh membahaskan topik lain.