HJ HADI GAGAL BEZAKAN RUKUN ISLAM DENGAN PRINSIP ISLAM HADHARI
Posted by
MUTIARA MELAYU PULAU PINANG
HJ HADI, UMUR YANG KIAN SENJA DAN SEMAKIN LUPA
Sumber : Harakahdaily
"Niat dan matlamat sebenar Islam Hadhari menjadi keliru sejak awal lagi. Namanya yang bermaksud Islam Bertamadun menggambarkan seolah-olah ia adalah Islam yang baharu yang lebih bertamadun daripada Islam al-Quran yang asal. Ia tambah mengelirukan kerana mempunyai rukun yang tidak sama dengan rukun Islam asal," kata Ustaz Abdul Hadi dalam satu kenyataannya semalam.
Realitinya, Hj Hadi benar-benar tidak semakin cerdik. Seorang yang beragama tapi masih tak faham konsep rukun Islam. Dah tentulah Rukun Islam ada 5 perkara dan Islam Hadhari ada 10 prinsip. Rukun dan prinsip mana nak sama. Ianya samalah juga dengan Hadarah Islamiyyah yang tidak sama dengan Rukun Islam.Inilah bukti pemimpin PAS yang lemah dan semakin memakan diri.