APABILA PEMIMPIN HINDRAF TIDAK BERAKAL DAN KURANG FAKTA
Kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan hindraf ialah Tamil Tiger Eelam Sri Lanka (LTTE) dan RSS India.Monday, December 10, 2007 |
LAMAN WEB PAS (TRANUNG KITE) MENGHINA TUHAN AGAMA HINDHU
WEB TRANUNG KITE MENYAMAKAN TUHAN AGAMA HINDHU DENGAN PAK LAH.BEGINILAH SIKAP PAS YANG SEAKAN-AKAN SEPERTI ABU LAHAB DAN ABU JAHAL.YANG PELIKNYA PENGANUT AGAMA HINDHU DAN HINDRAF MASIH NAK MENYOKONG PAS?SEDARLAH SEKALIAN PENGANUT AGAMA HINDHU, BAHAWA TUHAN KAMU PUN PAS PERMAINKAN!!!!!!PETIKAN DARI WEB TRANUNG KITE....MILIK PAS
Kalau dilihat kepada ciri Dewa Ganesh iaitu Pelajaran , bahawa Abdullah juga pernah menjadi Menteri Pelajaran Malaysia.
Wednesday, December 05, 2007 |
ZAMAN PAS MEMERINTAH :HARTA RAKYAT DI BAHAM
2.Sepanjang pemerintahan PAS tiada projek pajak gadai Islam ditubuhkan, sebaliknya lima buah pajak gadai konvesional (riba) telah diluluskan dan dibolot oleh 'keluarga Lee'. Kerajaan BN dalam tempoh lapan bulan memerintah sudah menubuhkan dua pajak gadai Islam, iaitu Muassasah Ar-Rahnu (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) - Koperasi Pegawai-pegawai Agama Terengganu (KPAT), di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu dan Pusat Gadaian Islam Ar-Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM)-MAIDAM, Kuala Berang.
MORAL : PEMIMPIN PAS LEBIH KUAT MEMBAHAM HARTA NEGERI.
Wednesday, December 05, 2007 |
PERLU BACA : ANWAR PENGKHIANAT JUAL DOKUMEN NEGARA
PENGKHIANAT NEGARA.......HANYA BERCAKAP KOSONG.Tindakan Anwar mencuri dokumen perbuatan khianat. Pelbagai pihak hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mencuri dan menyeludup keluar dokumen sulit kerajaan, perbuatan yang mereka sifatkan sebagai mengkhianati negara. Gesaan itu berikutan pendedahan bekas Setiausaha Politiknya, Mohamad Ezam Mohd Nor, dalam satu ceramah Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Kampung Gajah, Perak malam tadi. Pendedahan itu dipandang berat kerana Ezam, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan, adalah antara orang paling rapat dengan Anwar sebelum dipecat daripada kerajaan dan parti pada 2 September tahun lalu.
Ezam membuat pendedahan itu sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad Selasa lalu bahawa Anwar menyimpan dokumen rahsia kerajaan di luar negara, sekali gus mengukuhkan dakwaan bahawa bekas Timbalan Perdana Menteri itu ialah ejen kuasa asing. Beberapa pemimpin politik dan pakar undang-undang ketika dihubungi hari ini berpendapat, jika pendedahan Ezam itu betul, Anwar melakukan kesalahan mengikut Kanun Kesiksaan dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1973. Kanun Kesiksaan memperuntukkan hukuman sekurang-kurangnya penjara seumur hidup, jika tidak hukuman bunuh, ke atas mereka yang disabit melakukan kesalahan-kesalahan terhadap negara.
Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata jika pendedahan Ezam itu benar, ia adalah satu penderhakaan kepada negara dan rakyat. Katanya, jika betul ada enam kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara, ia menunjukkan usaha mensabotaj negara sudah lama dirancang Anwar dan penyokongnya. "Sebagai menteri dan timbalan menteri, kita angkat sumpah berikrar dan berjanji menyimpan semua rahsia kerajaan. Prinsip ini diamalkan di seluruh dunia.
"Jika betul dakwaan bahawa dokumen kerajaan sudah dilarikan ke luar negara, kredibiliti dan pengiktirafan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia itu akan hancur. "Lebih-lebih lagi jika seorang bekas Timbalan Perdana Menteri sanggup membuat begitu, ia adalah satu penghinaan kepada ikrar sumpah menyimpan rahsia yang dibacanya," kata beliau.
Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya pemberita mengenai perkara itu di Seremban petang ini, secara berseloroh berkata, jika tindakan mengikut OSA diambil terhadap Anwar, media dan negara asing akan menuduh kerajaan zalim. "Kalau dia hendak ambil dan dedah (dokumen kerajaan)...dia boleh dedahlah. Kita tengok apa dia boleh buat," katanya berseloroh.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia, R R Chelvarajah, berkata keputusan sama ada perbuatan Anwar boleh disifatkan sebagai menderhaka dan menyalahi OSA bergantung kepada kandungan dokumen yang disimpan di luar negara. Katanya, sesuatu dokumen ditakrifkan sebagai dokumen rahsia kerajaan jika diiktiraf begitu oleh menteri yang bertanggungjawab dalam sesuatu kementerian; pegawai yang bertanggungjawab dalam kementerian atau jabatan perkhidmatan awam tertentu; Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu atau pegawai tertinggi yang bertanggungjawab dalam hal pentadbiran tertentu setiap negeri. Jika betul dokumen yang didakwa disimpan di luar negara itu rahsia, seperti ditetapkan Seksyen 16A OSA, Anwar boleh didakwa mengikut Seksyen 17 akta yang sama, kerana menjadi ejen asing untuk memudaratkan kepentingan dan keselamatan negara. Anwar juga, katanya, boleh didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Kesiksaan jika terbukti beliau melakukan atau bersubahat bagi melakukan kesalahan terhadap negara. Bagaimanapun, beliau menegaskan, semua dakwaan itu masih bergantung kepada status dokumen terbabit, sama ada ia termasuk dalam kategori rahsia kerajaan seperti digariskan OSA.
Setiausaha penaja Parti Demokratik Malaysia (PDM), Wee Choo Keong yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Bintang, mahu kerajaan mengarahkan satu siasatan dibuat terhadap Ezam kerana pendedahannya itu membabitkan keselamatan negara. Beliau berkata, sudah tentu Ezam yang mendedahkannya tahu bila dokumen itu dibawa keluar dan sama ada ia disifatkan sebagai rahsia mengikut OSA atau tidak.
Pakar undang-undang Perlembagaan, Datuk Dr Rais Yatim berpendapat intipati dokumen itu perlu dipastikan sebelum tindakan diambil. Katanya, pengakuan Ezam bahawa dokumen itu dibawa keluar oleh Anwar adalah satu pengakuan peribadi yang sahih. Oleh itu, Jabatan Peguam Negara dan polis boleh mengambil tindakan susulan. "Anwar juga boleh didakwa mengikut Seksyen 8 OSA bagi kesalahan menyampaikan rahsia rasmi dengan salah," katanya.
Setiausaha Panel Peguam Umno, Mohd Noor Amin Mohd Noor Khan, berkata jika dakwaan Ezam itu boleh ditakrifkan sebagai satu pengakuan, polis wajar mengambil tindakan segera. "Pejabat ini dihujani panggilan menanyakan apa tindakan terhadap pihak yang terbabit dalam kesalahan serius ini," katanya.
Pensyarah ekonomi Universiti Malaya, Prof Jomo K Sundram, berkata soal sama ada dokumen itu disimpan di dalam atau luar negara tidak timbul, asalkan ia ditakrif sebagai rahsia, tindakan boleh diambil. "Itulah soal pokok...benar atau tidak. Apakah nak tipu negara atau tidak (dokumen itu)...bukan soal simpan di luar negara atau dalam selimut," katanya.
Presiden Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung, Datuk Suhaimi Ibrahim, berkata jika benar dakwaan itu, Anwar sudah menjual maruah negara kerana dokumen itu adalah rahsia negara. "Ini memberi gambaran seolah-olah beliau sendiri menjadi pengintip di dalam negara sendiri dan menggunakan rahsia itu untuk mengugut sistem yang pernah didukungnya sendiri," katanya sambil menyifatkan perbuatan itu satu perderhakaan kepada amanah rakyat.
Seorang lagi pensyarah Universiti Malaya, Datuk Mahadzir Mohd Khir, bimbang dokumen rahsia itu diperdagangkan di pasaran gelap untuk mengugut dan menjatuhkan kerajaan. "Dokumen itu boleh diguna anasir asing untuk mengugut seseorang pemimpin tertentu negara supaya bekerjasama dengan mereka jika tidak mahu kegiatan mereka (yang diketahui daripada dokumen rahsia itu) didedahkan," katanya.
Di PEKAN, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata tindakan Anwar itu bertentangan dengan prinsip perkhidmatannya sebagai jemaah menteri yang sering berdepan dengan pelbagai rahsia kerajaan. "Perkara ini serius. Kerajaan mesti siasat dan sesiapa yang terbabit patut menerima padahnya," katanya. Di MARAN, Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob, berkata kenyataan Ezam menunjukkan Anwar awal-awal lagi mempunyai rancangan untuk menyimpan rahsia kerajaan dan membocorkan pada keadaan yang menguntungkannya. "Oleh itu, kita tidak terkejut jika Anwar boleh buat lebih daripada itu bagi menutup masalah peribadinya. "Dengan pengakuan Ezam, kita dapat mengetahui sejauh mana keperibadian Anwar serta sejauh mana kesetiaan mereka pada parti, bangsa dan negara," katanya.
Di KOTA TINGGI, Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata individu atau parti yang membawa keluar dokumen rahsia kerajaan perlu berhadapan dengan risiko atas tindakan mereka. Beliau berkata, pendedahan itu juga membuktikan Anwar dan penyokong-penyokongnya menggunakan kuasa asing bagi mencapai cita-cita politik mereka dan membelakangkan kepentingan negara sendiri. Di JOHOR BAHRU, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Ghani Othman, berkata tindakan Anwar menyimpan dokumen kerajaan di luar negara menunjukkan dia tidak mempunyai niat yang baik ketika bertugas dengan kerajaan. Beliau berkata, apa yang difikirkan Anwar ketika bertugas dengan kerajaan hanyalah untuk kepentingan peribadi bagi mendapat kuasa di negara ini.
Di IPOH, Menteri Besar, Tan Sri Ramli Ngah Talib, berkata jika dakwaan Anwar menyimpan dokumen kerajaan itu benar, dengan sendirinya bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan dua kesalahan di sisi undang-undang negara. "Kalau fail mengandungi dokumen kerajaan itu adalah rahsia, menjadi kesalahan menyimpannya dan jika didedahkan pula, ia menjadi satu lagi kesalahan," katanya.
Friday, November 30, 2007 |
ANWAR BERANGAN MENJADI KETUA MENTERI PULAU PINANG
Menurut sumber dari kepimpinan PAS Pulau Pinang, hampir 90% agihan kerusi pilihanraya telah pun selesai di atur. Yang peliknya, semua yang di atur adalah tertumpu kepada kepentingan PKR dan DAP.PAS hanya mampu menghantar wakil di kawasan yang ramai Melayu. Dengan kata lain, pendekatan PAS masih lagi tidak dapat diterima oleh orang bukan Islam. Sepatutnya sekiranya PAS yakin bahawa pendekatan Islam mereka bawa untuk semua, maka tidak mustahil PAS boleh meletakkan calon mereka di Dun Sungai Puyu dan Komtar.Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa PAS GAGAL MENCERMINKAN KESUCIAN ISLAM KERANA PAS KOTOR.Thursday, November 29, 2007 |
ANWAR IBRAHIM ANTARA MUNAFIK DAN DAJJAL BARU
MENANGGUK DI AIR KERUH SEORANG MUNAFIK MODEN.DAHULU ANWAR YANG MENYURUH MELAYU MENENTANG HINDHU.TETAPI SEKARANG ANWAR BERSAHABAT DENGAN EKSTRIMIS HINDHU.ZAMAN ANWARLAH BERLAKUNYA PERTEMPURAN HINDHU ISLAM DI MALAYSIA.SIAPA DALANGNYA?DIALAH ANWAR IBRAHIM BAPA DAJJAL MODEN.SEKALI KAUM PENGANUT AGAMA HINDHU DIPERBODOHKAN ANWAR.
BUKTI TIDAK PATRIOTIK SEGELINTIR KAUM INDIA MENJULANG GANDHI.DIMANAKAH MEREKA TINGGAL SEKARANG.DI INDIA ATAU MALAYSIA?KRONOLOGI PERISTIWA KAMPONG RAWA 1998
Januari 1998 - Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan anak-anak Qaryah Kampong Rawa.
* Walaubagaimanapun aduan anak Qaryah dan nasihat daripada Polis Cawangan Khas tidak di indahkan dan di pandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..
Thursday, November 29, 2007 |
BERSIH PERALATKAN UMAT ISLAM
UNIT AMAL PAS BERBAJU MERAH MERUPAKAN BARISAN DEPAN DALAM HIMPUNAN BERSIH.TIDAK SEMUA UNIT AMAL BERBAJU MERAH. MEREKALAH YANG MENJADI TUNJANG MELAKUKAN PROVOKASI KEPADA PIHAK POLIS.JIKA ANDA BERADA DI ANTARA MEREKA, ANDA AKAN MENGETAHUINYA.
SEMUANYA ORANG ISLAM.DIMANAKAH AHLI DAP, PKR DAN ORANG BUKAN MELAYU?BERSIH MEMPERALATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA.Saturday, November 24, 2007 |
SIVARASAH BAPA PERKAUMAN MODEN
S.SIVARASAH ADALAH ANTARA KEPIMPINAN PKR YANG SEDANG ASYIK MENGATUR STRATEGIK UNTUK MELAGA-LAGAKAN KAUM MELAYU DENGAN INDIA. SUARANYA LANTANG DENGAN MENYATAKAN BAHAWA AGAMA HINDU TIDAK MENDAPAT TEMPAT DI MALAYSIA DAN MEMBUAT PROVOKASI DENGAN MENYATAKAN PEMIMPIN ISLAM MEROBOHKAN KUIL HINDU.SIAPAKAH SIVARASAH?Wednesday, November 21, 2007 |
MAT SABU DI JULANG. HJ HADI DI ARAK
Wednesday, November 21, 2007 |
MEREKA YANG MAHUKAN MELAYU DAN ISLAM BERKUBUR DI MALAYSIA
Wednesday, November 21, 2007 |
DAP MAHUKAN KETUANAN MELAYU DIHAPUSKAN.
DAP MAHUKAN ISLAM DI HAPUSKAN.HAJI HADI BERMESRA DENGAN MUSUH ISLAM.FIKIRKAN ?????Menteri di Jabatan Perdana Menteri
merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara,
Bangunan Parlimen Malaysia,Kuala Lumpur.
Adalah dikesali bahawa matlamat murni ini telah diselewengkan berikutan pindaan berpuloh-puloh kali dalam tempoh masa 48 tahun ini sehingga Perlembagaan masakini adalah lain daripada yang asal. Pindaan ke atas kuasa Perdana Menteri dan badan Eksekutif menjadikan Parlimen yang sepatutnya paling unggul sebaliknya menjadi sebuah cabang Jabatan Perdana Menteri. Pindaan-pindaan yang menidakkan kebebasan berhimpun, bersuara dan menerima layanan yang saksama mencabuli hak asasi manusia sehingga tahanan tanpa bicara menjadi lumrah. Kini kuasa polis dan badan berkuasa begitu luas sehingga negara digelar negara polis kerana rakyat tidak ada hak perlindungan langsung.
Di samping itu dasar-dasar pendidikan dan kebudayaan yang hanya menonjolkan konsep dominasi dan ketuanan sesuatu kaum atau agama harus diketepikan. Konsep ketuanan kaum adalah satu ideologi kolot yang bukan sahaja ketinggalan zaman tetapi amat berbahaya sekali. Ini dibuktikan oleh rekod sejarah dominasi kaum Aryan Nazi di bawah Hitler yang mencetuskan Perang Dunia Kedua dan menyebabkan berpuloh-puloh juta kematian.
Adalah dikesali konsep ketuanan Melayu telahpun diperkenalkan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 dan 5 pada tahun lepas bila ia tidak pernah dibangkitkan di antara tahun 1957 ke 2003. Adalah sungguh tidak sihat pelajar-pelajar kita akan dipecah-belahkan dalam usia yang begitu mentah di antara warganegara kelas satu dan kelas dua.
Selain daripada bercanggah dengan sifat toleransi yang diperlukan untuk memupuk semangat muhibbah, ia juga berlawanan dengan amalan dan budaya demokrasi. Kami harap Jawatankuasa Pilihan Khas boleh mencadangkan buku teks sejarah sekolah menengah dibetulkan untuk memansuhkan istilah “ketuanan Melayu” yang mencacatkan usaha perpaduan dan integrasi nasional.
Akhir kata, kami mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan dikembalikan kepada era Merdeka tahun 1957 untuk memulihkan hak-hak rakyat dan jaminan perlembagaan terhadap demokrasi kebebasan, keadilan dan akauntabliti. Rakyat tanpa kira kaum dan agama boleh bersatu-padu di bawah bendera demokrasi seperti memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan ataupun memerangi gejala rasuah. Maka perpaduan sedemikian adalah lebih kukuh dan bermakna kerana dapat menjaminkan semua rakyat Malaysia menikmati kemakmuran yang adil dan saksama.
Sekian terima kasih.
Wednesday, November 21, 2007 |
SEKITAR PERHIMPUNAN AGUNG UMNO-SAYAP PEMUDA UMNO
DATO' NORZA CONFIRM ORANG KHAIRY, SHAMSUL BAGAIMANA?
REEZAL DENGAN TRADE MARK GPMS DAN SETPOL PAK LAH, RAZALI DENGAN TRADE MARK BEKAS SETIAUSAHA SULIT DATO' HISHAMUDDIN DAN ROZABIL DENGAN TRADE MARK DATO' SHAHIDAN KASSIM....SIAPAKAH YANG MENAMBAT HATI PERWAKILAN TAHUN 2008
BARISAN KEPIMPINAN PEMUDA UMNO MALAYSIA 2007Saturday, November 10, 2007 |
INTIPATI KESIMPULAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2007
"SAYA PANTANG DI CABAR"
‘Saya pantang dicabar’ -- Amaran PM kepada penganjur perhimpunan haram di KL hari ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada penganjur perhimpunan tanpa permit di ibu negara esok supaya jangan berdegil mahu meneruskannya.
Saturday, November 10, 2007 |
ISLAM DIBURUKKAN OLEH PAS
KUALA TERENGGANU, 24 Nov (Bernama) -- Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Abdul Hadi Awang menggunakan sepenuhnya tempoh kempen singkat pilihan raya umum ke-10 ini dengan bergerak setiap malam mengikut kawasan Parlimen. Keadaan hujan yang tidak menentu membuat beliau menukar strategi dengan menumpu perhatian kepada majlis dialog yang jumlah hadirin terhad dan tidak lagi berceramah di kawasan terbuka yang lazimnya dianjurkan PAS. Majlis dialog itu biasanya diadakan di rumah dan kawasan wakaf yang turut disediakan khemah bagi melindungi pendengar yang berjumlah antara 50 dan 60 orang, daripada hujan. Bagi mereka yang berkenderaan mereka duduk di dalam kereta atau van. Seorang pembantu khas Abdul Hadi yang tidak mahu namanya disebut berkata majlis dialog ini dianggap lebih berkesan kerana cara ini akan membolehkan Abdul Hadi menyelam kehendak dan pandangan pendengar.
Dan kebanyakannya ada persamaan, antaranya mengenai kerjasama PAS dan DAP, sejauh mana kerjasama PAS dengan parti-parti pembangkang lain di bawah apa yang digelar Barisan Alternatif dan cara pentadbiran PAS jika memerintah Terengganu. Ada juga yang mengajukan persoalan seperti adakah Islam menggalakkan umatnya memaki hamun sesama sendiri, mengenai dakwaan kekejaman polis terhadap bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan negara Islam dan strategi ekonomi jika PAS memerintah Terengganu dan negara. Waktu yang suntuk tidak mengizinkan lebih banyak soalan diajukan lebih-lebih lagi Abdul Hadi mengambil masa yang panjang untuk memberi jawapan kepada setiap soalan yang dikemukakan. Walaupun jawapan-jawapan Abdul Hadi adalah yang lazim didengar, namun caranya begitu meyakinkan dengan memberikan alasan-alasan tentang dakwaan kezaliman dan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional termasuk tindakan undang-undang yang dilakukan terhadap Anwar.
-- BERNAMA
Friday, November 09, 2007 |
PAS YANG PENAKUT: HIMPUNANKAN RAKYAT MELAWAN UNDANG-UNDANG
DEMO BERSIH.BERSIH YANG KOTOR DAN PAS DAN KEADILAN CUBA MEMPERKUDAKAN RAJA-RAJA MELAYU. BERSIH MENGAMBIL SIMBOL KUNING UNTUK MENGHARAPKAN KASIH YANG DIPERTUAN AGUNG, SEDANGKAN MEREKA SENDIRI TIDAK DEMOKRASI.PRU KE 11, TERBUKTI PAS DITOLAK DI TERENGGANU.
PROVOKOSI PAS DI DALAM AKHBARNYA.PAS TERPAKSA BERHIMPUN UNTUK MENGHURU HARAKAN NEGARA DAN MEMAKSA YANG DI PERTUAN AGUNG MENGUMUMKAN DARURAT.INILAH TEKTIK KOTOR PAS.
ANWAR YANG TIDAK HABIS-HABIS LAGAKAN NAJIB DAN PAK LAH. INILAH MANUSIA YANG AMAK KUASA , GILA KUASA DAN BERANGAN-ANGAN NAK KAN KUASA PM.Friday, November 09, 2007 |












