feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count

APABILA PEMIMPIN HINDRAF TIDAK BERAKAL DAN KURANG FAKTA

Kumpulan pengganas yang mempunyai kaitan dengan hindraf ialah Tamil Tiger Eelam Sri Lanka (LTTE) dan RSS India.
Mutiara Melayu Pulau Pinang amat terkejut dengan tindakan berterusan yang dlakukan oleh kepimpinan Hindraf. Yang pertamanya mereka telah berjaya memperkudakan orang India untuk memusuhi kaum Melayu. Kedua, mereka telah mengganggu gugat keamanan dalam negara.Di sini, kami paparkan fakta dan data yang lengkap tentang betapa baiknya pemerintah Melayu di Selangor meluluskan terlalu banyak pembinaan kuil di negeri Selangor sahaja. Jumlah pembinaan kuil ini melebihi jumlah pembinaan masjid. Persoalannya, apakah yang Hindraf mahukan lagi? Jawapannya mudah sahaja, iaitu mereka telah dibayar oleh agen asing sebagaimana Tian Chua dan tugas mereka ialah merosakkan ketenteraman negara. Apakah layak kepimpinan Hindraf bergelar pemimpin? Jika mereka memimpin kaum India, maka etnik India akan terus ketinggalan dengan sistem kasta kerana mereka memperjuangkan kasta.

1.Untuk 647,000 orang India di Selangor ada 810 buah kuil.Orang Melayu 2.5 juta orang di negeri itu.Jumlah masjid 358 buah dan 1,000 buah surau.

2.Bagi 1.3 juta orang Cina pula ada 1,015 tokong

3.Bagi 50,000 yang beragama Kristian ada 27 buah gereja.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo memberi angka-angka ini dalam wawancara khas mengenai isu Hindraf dengan RTM Sabtu malam.Jumlah orang Melayu di Selangor hampir empat kali ganda dari orang India.Jadi kita tak payah susah-susah nak congak dari segi nisbahnya rumah ibadat siapa yang lebih banyak.Hairan dalam keadaan macam ni pun ada orang berani keluar ayat ethnic cleansing segala macam.